Kementerian Kesihatan akan memperkasa Program Pemakanan Kurang Zat Makanan (PPKZM) bagi mengatasi masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli.
Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata masalah pemakanan khususnya dalam aspek nutrisi adalah antara perkara yang perlu diakui masih berlaku dalam kalangan masyarakat itu, walaupun PPKZM telah lama dilaksanakan.
Selain itu, menurutnya Program Community Feeding yang melibatkan pemberian makanan tambahan dan bantuan bakul makanan juga telah dilaksanakan sepenuhnya sejak tahun 2013 lagi di kawasan pendalaman yang didiami masyarakat Orang Asli.
"Mereka yang menerima bantuan ini adalah dari kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan untuk tempoh tertentu sehingga berat mereka adalah yang sepatutnya.
"Bagaimanapun, masalah ini mungkin terus berlanjutan kerana kanak-kanak itu berkongsi bantuan yang diterima dengan ahli keluarga yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pos Medik Orang Asli di Kampung Dayok, Pos Lenjang di sini, pada Ahad.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dan Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow.
Dr Lee menambah kanak-kanak terpilih dalam program itu akan ditentukan sama ada dalam kategori kurang zat makanan (KZM) teruk atau sederhana dengan sasaran pemulihan antara tiga ke enam bulan, bergantung kepada tahap mereka.
"Untuk kes yang dilihat teruk, mereka akan menerima bantuan PPKZM yang dikenali sebagai Pakej 13 Bakul, yang melibatkan pemberian susu pedisure serta multivitamin, supaya zat itu benar-benar diterima kanak-kanak terlibat," katanya.
Manakala bagi Program Community Feeding, Dr Lee berkata antara penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memastikan makanan yang disediakan diterima kanak-kanak Orang Asli, kerana ada antara ibu bapa mempunyai kekangan untuk menghantar anak ke pusat pemberian yang ditetapkan.
Dr Lee juga memaklumkan untuk program PPKZM di daerah Lipis, 179 kanak-kanak menerima manfaat itu termasuk 31 yang dikategorikan sebagai KZM teruk.
Mengulas mengenai program hari ini, Dr Lee berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan sumbangan badan bukan kerajaan seperti FPMPAM dalam meningkatkan aspek kesihatan masyarakat, khususnya yang berada di kawasan pendalaman.
Sementara itu Dr Steven pula menyifatkan Pos Medik itu yang merupakan yang pertama seumpamanya dibangunkan di kawasan penempatan Orang Asli dan akan dikendalikan sendiri belia di situ sebagai kejayaan kepada usaha FPMPAM memberi latihan asas perubatan sejak Mei lepas.
"Seramai 22 belia yang menerima latihan akan mengendalikan pos medik ini sepenuhnya dengan pemantauan daripada wakil FPMPAM yang datang ke sini mengikut giliran setiap bulan.
"Pos medik ini juga dilengkapi dengan kemudahan solar kerana akan beroperasi 24 jam dan diharapkan usaha ini dapat diteruskan di penempatan Orang Asli lain pada masa akan datang dengan perancangan terdekat di Pos Senderut (Lipis)," katanya.
Dr Steven juga berharap lebih banyak universiti khususnya pensyarah dalam bidang perubatan usaha menyertai mereka dalam usaha tersebut yang bertujuan memastikan tiada individu ketinggalan dalam perkhidmatan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Dr Lee Boon Chye (depan dua, kiri) melihat Orang Asli menerima rawatan daripada doktor sukarelawan Dr Hew Kin Sun daripada FPMPAM ketika merasmikan Pos Medik Komuniti Orang Asli Pertama di Malaysia di Kampung Gayok Pos Lenjang pada Ahad. - Bernama
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
AWANI 7:45 [4/2/2025] – Imbangi Kesan Harga Beras | 85 Peratus Tidak Terkesan | Perkhidamatan Tambahan KTM Komuter | Harga Prihatin
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
Perkasa usaha atasi masalah kurang nutrisi dalam masyarakat Orang Asli
Masalah pemakanan khususnya dalam aspek nutrisi adalah antara perkara yang perlu diakui masih berlaku dalam kalangan masyarakat Orang Asli.