JOHOR BAHRU: Perkembangan digital masa kini menjadikan dunia kewartawanan semakin unik dan mencabar selain cakupan kerjaya yang meluas.
Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) Mohamad Fauzi Ishak berkata bidang yang telah menjangkau usia lebih 200 tahun itu terus berkembang seiring peredaran zaman dan menjadi antara bidang penting kepada pembangunan negara.
Beliau berkata bidang tersebut dilihat terhad kepada penulisan di akhbar dan bahan bacaan seperti majalah ketika sebelum merdeka, namun terus berkembang kepada bidang penyiaran di televisyen dan radio, pascamerdeka.
"Bagaimanapun, pengenalan pelbagai platform penyampaian bentuk baharu seperti berita portal dan media sosial, membolehkan wartawan menyampaikan berita terus ke pengetahuan umum dalam jangka masa lebih pantas.
"(Pada masa sama), kepelbagaian medium ini juga menjadikan masyarakat lebih mudah untuk mengakses bahan dan maklumat daripada sumber berita yang dihasilkan, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, Mohamad Fauzi yang juga Presiden Kelab Media Johor menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh Bernama.
Bertemakan 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi', HAWANA 2023 yang berlangsung di Ipoh, Perak dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamad Fauzi berkata tema sambutan HAWANA diketengahkan agar dapat memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kepentingan kebebasan media dalam menjalankan tugas, agar setiap berita yang dilaporkan telus tanpa tekanan mana-mana pihak.
"Golongan wartawan juga memerlukan perlindungan daripada gangguan atau pun ugutan alam maya termasuk buli siber ketika menjalankan tugas.
"Selain itu, kita berasa bangga apabila baru-baru ini kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2023 yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meningkat ke tangga 73 dengan 62.83 mata, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 40 kedudukan berbanding tahun lepas. Malaysia turut berada pada kedudukan tertinggi antara negara ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Perkembangan digital masa kini menjadikan dunia kewartawanan semakin unik dan mencabar selain cakupan kerjaya yang meluas. - Gambar hiasan
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
Perkembangan digital jadikan dunia kewartawanan semakin unik, mencabar
Perkembangan digital masa kini menjadikan dunia kewartawanan semakin unik dan mencabar selain cakupan kerjaya yang meluas.