KUALA LUMPUR: Momentum hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan China serta Amerika Syarikat (AS) terus memperlihatkan perkembangan positif bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malah juga bidang lain seperti pertahanan, pembuatan serta keselamatan siber.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.
"Contohnya dalam hubungan dua hala, Menteri Luar (Datuk Saifuddin Abdullah) telah membuat lawatan rasmi ke China pada 3 dan 4 Dis baru-baru ini, manakala Setiausaha Negara AS pula akan memulakan lawatan beliau ke Malaysia pada hari esok, 15 Dis.
"Bagi platform pelbagai hala, Malaysia akan terus menggunakan pendekatan Kepusatan ASEAN bagi menjamin kemakmuran dan keselamatan rantau ini," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee mengenai bagaimana Malaysia sebagai negara anggota blok berkecuali mengemudi diplomasi antara kuasa besar global China dan AS.
Kamarudin berkata Malaysia melalui ASEAN juga telah mengambil bahagian dalam satu mesyuarat bersama yang dikenali sebagai Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri dan Pembangunan G7, dengan AS merupakan anggota G7, pada 12 Dis.
Beliau berkata adalah menjadi prinsip Malaysia untuk sentiasa mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan semua negara.
"Malaysia juga mengamalkan sikap berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana negara kuasa besar dunia termasuklah China dan AS dalam persaingan strategik mereka, selaras dengan prinsip asas Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau Non-Aligned Movement," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.