PENDANG: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata bayaran faedah itu termasuk ketegori hilang upaya sementara dan kekal, faedah perubatan dan orang tanggungan, selain faedah pengurusan mayat.
Sehubungan itu, Awang berkata kementeriannya menggalakkan individu yang bekerja sendiri yang menghantar makanan agar mencarum dengan Perkeso supaya kebajikan sosial mereka terjamin menerusi pemberian faedah berkenaan.
"Jadi, tentulah sudut perlindungan dari segi kebajikan perlu kita beri perhatian, sebab dalam apa kerja pun dalam dunia ini ada risiko, jadi risiko inilah kita beri tumpuan," katanya kepada pemberita di Kampung Sukamari di sini hari ini.
Terdahulu, Awang menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial, 25, yang terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan mengambil pesanan pelanggan pada Jun tahun lepas.
Mengulas lanjut, Awang berkata proses mendapatkan tuntutan tidak mengambil masa lama iaitu antara dua atau tiga bulan sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah lengkap.
Selain itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 2.38 juta orang bekerja sendiri (OBS) di seluruh negara akan mencarum dengan Perkeso tahun ini.
Setakat ini, hanya 15.03 peratus atau 358,214 OBS telah mencarum dengan agensi tersebut, katanya.
Dalam pada itu, Awang berkata lebih 12,000 aduan pekerja terhadap majikan direkodkan kementerian menerusi aplikasi 'Working For Workers' (WFW) sejak ia dilancarkan pada Mei tahun lepas.
"Daripada jumlah ini, kementerian telah menyelesaikan lebih 60 peratus kes aduan terbabit, manakala selebihnya sedang disiasat dan diambil tindakan," katanya.
Terkini, menurut Awang, pihaknya turut menerima aduan mangsa banjir dibuang kerja oleh majikan kerana tidak hadir bekerja dengan alasan banjir.
Katanya, siasatan terhadap aduan mangsa banjir itu sedang dijalankan bagi memberi keadilan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
![Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642326137_ProgramZiarahPerkeso.jpg)
Datuk Awang Hashim (tengah) menyampaikan bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara kepada Hussain Mohamad Danial (kiri) pada Program Ziarah Perkeso Prihatin di Kampung Sukamari Pendang hari ini. - Foto BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592906651_Journalist.jpg)
Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO
Wartawan sambilan dengan mana-mana organisasi dan syarikat media layak mendapat perlindungan dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
![Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636211762_TBPerkeso.jpg)
Pelarasan kos sara hidup, kenaikan pencen minimum manfaat lebih 456,000 penerima faedah Perkeso
Pelarasan kos sara hidup itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah Perkeso.
![Keluarga dibantu, Allahyarham mencarum PERKESO sebelum meninggal dunia Keluarga dibantu, Allahyarham mencarum PERKESO sebelum meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671794669_TBPERKESO.jpg)
Keluarga dibantu, Allahyarham mencarum PERKESO sebelum meninggal dunia
Berkat kesedaran seorang petani yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial, balu dan anak-anak yang ditinggalkan beliau dapat dibantu PERKESO menerusi SKSPS.
![Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41585229401_Perkesopekerjamed.jpg)
Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu akan bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantar barangan atau makanan.
![Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663233652_SubahanKamal.jpg)
Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso
Subahan dilantik menggantikan Dr Mohamed Haniffa yang telah memegang jawatan berkenaan untuk tempoh lebih dua tahun tiga bulan.
![Belanjawan 2023: KSM usul dana tambahan bagi perlindungan keselamatan untuk suri rumah Belanjawan 2023: KSM usul dana tambahan bagi perlindungan keselamatan untuk suri rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663683616_MSaravanan.jpg)
Belanjawan 2023: KSM usul dana tambahan bagi perlindungan keselamatan untuk suri rumah
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengusulkan dana tambahan bagi perlindungan keselamatan golongan suri rumah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Belanjawan 2023.
![Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662379544_MoUAIMPERKESO.jpg)
Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
![Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656334455_TBawanghashim.jpg)
Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
![SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613482708_PerkesoBaluSuami.jpg)
SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso
Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela.
![Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642326137_ProgramZiarahPerkeso.jpg)
Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.