TUMPAT: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menyasarkan 10,000 rakyat di negeri ini yang berada dalam kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) mencarum ke dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), tahun ini.
Pengarahnya Nora Yaacob berkata, sejak diperkenalkan pada 2017 hanya sekitar 20 peratus daripada kira-kira 43,000 OBS yang telah mencarum SKSPS, setakat ini.
Katanya, menerusi skim berkenaan pencarum layak menerima pelbagai faedah yang disediakan termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.
"Skim ini mempunyai sebanyak empat Pelan yang bermula pada kadar bayaran RM232.80 sehingga RM592.80 bagi tempoh setahun dengan kumpulan sasaran OBS yang terdiri daripada usahawanita, penjaja, nelayan, penghantar makanan dan sebagainya.
"Semasa perbentangan Belanjawan 2022, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus (RM186.20) dan OBS hanya perlu membayar dengan kadar 20 peratus sahaja (RM46.60) menerusi Pelan 2 iaitu membabikan jumlah RM232.80," katanya selepas menyerahkan Faedah Orang Tanggungan Kematian di Taman Sri Delima, Wakaf Bharu, di sini hari ini.
Terdahulu, Nora menyampaikan Faedah Pengurusan Jenazah bernilai RM2,000 dan Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM787.50 seumur hidup kepada M. Roni Awang, 63, yang merupakan bapa kepada Allahyarham Nurul Syahirah, 25, yang terlibat dalam kemalangan pada 16 Januari lepas.
Nora turut menyampaikan Faedah Pengurusan Jenazah bernilai RM2,000 dan Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM636.65 seumur hidup kepada Mohd Shukri Che Ahmad, 56, bapa kepada Allahyarham Muhammad Safuan, 25, yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 14 Jan lepas.
Mengulas lanjut, Nora berkata pihaknya telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan skim berkenaan termasuk libat urus seramai 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan.
"Saya menyeru kepada OBS di negeri ini untuk merebut skim yang ditawarkan ini untuk mendapat perlindungan sekiranya terlibat dalam kemalangan atau sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Nora (dua, kiri) menyaksikan ADUN Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah (kiri) menyerahkan replika cek caruman faedah pengurusan jenazah kepada bapa Allahyarham Nurul Syahirah, 25, yang terlibat dalam kemalangan pada 16 Januari lepas. - Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.