Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah meluluskan 110 daripada 680 permohonan bantuan interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) setakat semalam daripada individu yang hilang pekerjaan sejak pelaksanaan sistem itu berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata pemohon diberi bantuan kewangan sementara selama enam bulan bagi membolehkan mereka mendapatkan semula pekerjaan.
Katanya, skim tersebut merupakan sumbangan besar kepada 6.6 juta pekerja swasta yang membuat kadar caruman 0.2 peratus bagi pekerja dan majikan bermula potongan gaji Januari 2018.
Menurutnya, sementara menunggu dana SIP matang pada Januari 2019, kerajaan memperuntukkan RM122 juta bagi bantuan interim tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media menyampaikan cek faedah Perkeso kepada 10 penerima yang melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM40,000 di Wisma Perkeso di sini, pada Selasa.
Di bawah skim SIP, bantuan kewangan enam bulan itu diberikan antara 30 hingga 80 peratus dari gaji terakhir diterima sebelum diberhentikan, bermula daripada bulan pertamanya kehilangan pekerjaan.
Menerusi manfaat SIP itu, bantuan kewangan diberikan sebanyak 80 peratus selepas bulan pertama diberhentikan, 50 peratus pada bulan kedua, 40 peratus (bulan ketiga dan keempat) dan 30 peratus lagi untuk bulan kelima dan keenam.
Bagaimanapun, bantuan kewangan ini hanya layak kepada mereka yang diberhentikan secara biasa, skim pemberhentian sukarela (VSS) atau skim pelepasan sepakat (MSS) dan bukan yang dibuang kerja kerana masalah disiplin.
Sementara itu, pada majlis itu, seorang penerima, Nurul Safiyah Yong, 26, berkata beliau menerima RM3,000 setelah membuat permohonan ekoran mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kejadian langgar lari pada Ogos lalu, hingga mengalami kecederaan teruk di bahagian peha.
"Saya terpaksa mengambil cuti selama tiga minggu. Perkeso sebelum ini telah biayai kos memasukkan besi pada bahagian kecederaan sebanyak RM12,000. Ia benar-benar telah meringankan beban saya,"katanya yang merupakan pembantu jururawat di sebuah klinik swasta di Damansara, Kuala Lumpur dan telah mencarum sejak 2014.
Seorang lagi penerima, Mohd Ghani Hassan, 50, anggota polis bantuan Bank Simpanan Nasional (BSN), mengucapkan terima kasih kerana telah mendapat bantuan kerusi roda dan alat bantuan berjalan selepas mengalami serangan penyakit buah pinggang sejak November tahun lepas.
"Saya sangat berterima kasih kepada Perkeso kerana telah memberi bantuan peralatan bagi memudahkan pergerakan saya. Perkeso telah menunaikan apa yang pernah dijanjikan," katanya.
Tahun lepas, Perkeso telah membayar tuntutan sebanyak RM3.2 bilion dalam bentuk pelbagai faedah kepada hampir 560,000 pencarum.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2018

Sementara menunggu dana Sistem Insurans Pekerjaan matang pada Januari 2019, kerajaan memperuntukkan RM122 juta bagi bantuan interim tersebut.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Aseh harap isu 'surat layang' segera diselesaikan
Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat berkata ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara itu.

SIP rekod caruman RM36.8 juta
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, merekodkan kutipan caruman sebanyak RM36.8 juta, setakat 9 Mac.

PERKESO lulus 110 permohonan SIP
Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata pemohon diberi bantuan kewangan sementara selama enam bulan bagi membolehkan mereka mendapatkan semula pekerjaan.

Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini -Aseh
Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.