MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka telah membuat pembayaran faedah kepada orang berinsurans (OB) dan waris kira-kira RM8.78 juta yang melibatkan sebanyak 5,531 kes dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM5.14 juta dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya sementara, melibatkan 4,943 kes.
Beliau berkata sebanyak RM2.77 juta pula dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya kekal, melibatkan 160 kes manakala faedah pengurusan mayat (FPM) berjumlah RM465,040.58 dibayar kepada waris OB yang telah meninggal dunia akibat bencana kerja atau semasa menerima faedah hilang upaya kekal melibatkan 241 kes.
"Perkeso Melaka juga telah membayar pencen penakat sebanyak RM196,267.34 kepada waris OB yang telah meninggal dunia melibatkan 119 kes, manakala faedah ilat dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan berjumlah RM176,952.58 melibatkan 61 kes.
"Selain itu, faedah orang tanggungan (FOT) melibatkan pekerja atau pencarum yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan juga telah dibayar melibatkan RM22,022.81 membabitkan tujuh kes," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan faedah Perkeso kepada waris bekas pemain Melaka United Allahyarham Mohd Azizan Baba di sini, semalam.
Pada majlis itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyampaikan cek Faedah Penakat berjumlah RM867.30 sebulan dan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 secara sekali beri kepada Yusriati Mohd Yunos, 42, yang merupakan balu kepada Allahyarham Mohd Azizan.
Mohd Azizan yang merupakan bekas pemain dan jurulatih pasukan Melaka United bawah 14 tahun meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat kanser di paha kiri pada 22 Mac lepas.
Allahyarham pernah mewakili Johor FC (2005-2011) selain pasukan Sarawak (2012-2013) dan Pulau Pinang (2014) sebelum kembali ke pangkuan Melaka pada musim 2015 dan bersama-sama membawa pasukan Hang Tuah muncul juara Liga FAM waktu itu, selain pernah menjadi jurulatih Kelab Bola Sepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
Terdahulu Sulaiman berkata pemergian Mohd Azizan merupakan satu kehilangan besar buat industri bola sepak Melaka dan kerajaan negeri akan sedaya upaya membantu keluarganya bagi kebajikan isteri dan lapan anaknya.
"Kami akan lihat segala keperluan yang diperlukan keluarga ini dan permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuat. Mungkin di peringkat agensi kerajaan negeri, kami akan mengambil anak-anak Allahyarham sebagai anak angkat," katanya.
Dalam pada itu, Yusriati berkata sambutan Ramadan kali ini dilalui dalam suasana suram dan sederhana kerana lapan anak mereka amat rapat dengan bapanya.
Beliau yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman di sini berkata anak-anaknya juga amat memahami keadaan dirinya dan mereka tidak cerewet berkaitan makanan untuk berbuka puasa sebaliknya makan mengikut juadah yang ada.
"Kami rasa kosong sebab kami tidak pernah berpisah lama dengan arwah... selalunya waktu puasa kami sekeluarga akan sahur dan berbuka bersama. Ayah mereka (Allahyarham Mohd Azizan) yang selalu menjaga waktu sahur dan berbuka anak-anak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Sulaiman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Yusriati (dua, kiri), ketika Majlis Penyerahan Faedah Perkeso di rumahnya di Melaka, 6 Apr 2022. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

45 majikan dikompaun gagal daftar pekerja, perusahaan
Tumpuan operasi kali ini melibatkan perusahaan atau perniagaan yang dijalankan pada waktu malam.

Perkeso Melaka bayar faedah RM8.78 juta kepada pencarum suku pertama tahun ini
Daripada jumlah keseluruhan, RM5.14 juta dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya sementara, melibatkan 4,943 kes.