MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka akan menggandakan usaha mengesan penggiat industri gig untuk memastikan 100 peratus golongan itu mendaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pengarah Perkeso negeri Abd Razak Omar berkata sehingga kini, terdapat 30 peratus daripada kira-kira 5,700 individu daripada sektor penghantaran makanan dan pengangkutan penumpang di Melaka dikenal pasti belum mencarum di bawah skim itu.
"Perkeso juga akan menjalankan penguatkuasaan bersama agensi pengangkutan bagi mewajibkan pekerja gig mendaftar di bawah SKSPS dengan tindakan pengesanan dari semasa ke semasa.
"Kita juga berharap mereka mengambil peluang dengan memanfaatkan pengumuman oleh kerajaan iaitu 80 peratus subsidi untuk mencarum di bawah skim itu supaya kebajikan golongan ini terjaga dan terpelihara," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu, beliau hadir ke program Penyampaian Faedah Skuad Perkeso Prihatin kepada waris orang berinsurans iaitu Ong Sai Guan di Rumah Pangsa Jalan Gajah Berang dengan diiringi Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.
Abd Razak berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengadakan sesi libat urus untuk menggalakkan penjaja serta peniaga di Melaka mencarum dengan SKSPS tahun depan.
Beliau berkata Perkeso komited memastikan golongan itu mencarum bagi membolehkan mereka menerima manfaat jika ditimpa musibah atau perkara tidak diingini sehingga hilang punca pendapatan.
"Sehingga kini, bilangan keseluruhan orang bekerja sendiri di bawah skim SKSPS di Melaka adalah sebanyak 9,768 orang setakat Oktober lepas dengan 141 kes tuntutan kemalangan melibatkan jumlah bayaran RM418,917," katanya.
Khoo pula berkata pihaknya akan memperhebat kempen kesedaran kepada masyarakat di Parlimen Kota Melaka untuk mencarum di bawah skim itu dan memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan bagi membantu golongan bekerja sendiri.
Beliau berkata pihaknya juga telah mengambil inisiatif mendaftar dan menaja kira-kira 200 individu selain 40 pengedar akhbar di kawasan itu untuk mendaftar di bawah SKSPS.
Perkeso menyampaikan faedah Pencen Penakat berjumlah RM550 dan Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 kepada waris Ong yang meninggal dunia akibat kanser buah pinggang pada 27 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Perkeso komited memastikan penjaja serta peniaga di Melaka mencarum bagi membolehkan mereka menerima manfaat jika ditimpa musibah atau perkara tidak diingini sehingga hilang punca pendapatan.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan
Bernama dan Perkeso menandatangani MoU bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Balu penoreh, pengusaha tanaman getah terima faedah Perkeso sepanjang hayat
Hasil rekod caruman yang dibuat oleh pencarum membolehkan waris keluarga menerima faedah Perkeso.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.

MOT, Kesuma taja 50,000 pekerja sendiri melalui SKSPS
Tajaan penuh itu melibatkan 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

Perkeso pergiat kesan penggiat industri gig mencarum SKSPS
Sehingga kini, terdapat 30 peratus daripada kira-kira 5,700 individu daripada sektor itu di Melaka yang dikenal pasti belum mencarum.

Wartawan sambilan layak terima perlindungan di bawah SKSPS - PERKESO
Wartawan sambilan dengan mana-mana organisasi dan syarikat media layak mendapat perlindungan dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Perlindungan SKSSR tidak meliputi kes keganasan rumah tangga
Perkeso Pulau Pinang mengakui menerima permohonan bagi mendapatkan bayaran pampasan daripada mangsa keganasan rumah tangga menerusi SKSSR.

Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu akan bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantar barangan atau makanan.

Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).