KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memperkenalkan Standard Malaysia (MS) 2756 - Amalan Baik untuk Penyedia Platform dalam Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Berkaitan Pekerjaan (MS 2756:2023) ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan pekerja gig.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata MS 2756:2023 yang dicadangkan oleh Perkeso dan dibangunkan melalui kumpulan kerja di bawah infrastruktur pembangunan piawaian kebangsaan, merupakan garis panduan untuk amalan baik kepada penyedia platform bagi memastikan pengurusan perjalanan atau perjalanan kerja yang lebih selamat.
"Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah berjaya menerbitkan MS 2756:2023 dengan kerjasama pakar daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pihak berkuasa, institut penyelidikan, ahli akademi, badan dan persatuan profesional serta pemain industri.
"MS 2756:2023 juga menyokong dasar semasa kerajaan seperti Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) dan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030 (MRSP 2022-2030)," katanya dalam ucapan pada majlis penutupan Seminar Vision Zero Malaysia 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata taklimat mengenai MS 2756:2023 turut diadakan hari ini di bawah Sesi Tematik 2: Mentakrifkan Semula Keselamatan Pekerja dalam Ekonomi Digital, yang bertujuan mewujudkan kesedaran tentang MS serta menggalakkan penggunaannya dalam kalangan pihak berkaitan.
Sementara itu, Perkeso dalam kenyataannya memaklumkan hingga Jun lepas sebanyak 1,204 kes kemalangan dan 25 kematian dilaporkan menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) melibatkan sektor pengangkutan barangan dan makanan serta pengangkutan penumpang.
"Berdasarkan statistik laporan kemalangan menerusi SKSPS melibatkan kedua-dua sektor itu, terdapat peningkatan sebanyak 158.9 peratus iaitu 1,872 kes pada 2022 berbanding 723 kes pada 2021.
"Peningkatan sebanyak 56 peratus turut direkodkan dalam kes kematian bagi tempoh yang sama, iaitu daripada 25 kes pada 2021 kepada 39 kes pada 2022 bagi pekerja sektor pengangkutan barangan serta makanan dan pengangkutan penumpang rentetan kemalangan yang berkaitan dengan perjalanan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (tengah) bersama CEO PERKESO Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua, kanan) melancarkan buku garis panduan MS 2756:2023 di WTCKL hari ini. - Foto BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.