MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan kira-kira 500,000 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Bahagian Sinergi Perkeso Rahmat Ismail berkata setakat 2 Mac lepas, sebanyak 174,000 suri rumah telah mencarum di bawah SKSSR yang dilancarkan pada 1 Dis lepas, bagi memberi perlindungan bencana domestik dan keilatan ke atas golongan berkenaan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 166,666 pencarum merupakan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih selain mereka yang mencarum dengan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman mereka ditaja kerajaan selama setahun menerusi peruntukan Bajet 2022.
"Pencarum di bawah skim ini iaitu suri rumah bukan semestinya suri rumah sepenuh masa tetapi mereka yang bekerja juga sama ada sektor swasta atau kerajaan boleh mencarum selagi mereka merupakan warganegara Malaysia, seorang wanita dan berusia tidak melebihi 55 tahun.
"Di bawah SKSSR, suri rumah terlibat dilindungi secara 24 jam dan layak mendapat faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan kekal selain pencen penakat serta elaun layanan sentiasa dan pencarum boleh menjalani fisioterapi di pusat rehabilitasi Perkeso seperti di Melaka," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs Melaka Careertrans dan SKSSR 2023 oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan turut dihadiri Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Rahmat berkata caruman berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh golongan suri rumah, suami atau dibiayai oleh majikan mereka dengan nilai caruman sebanyak RM120 bagi tempoh 12 bulan yang dibayar secara 'in advance' atau dibayar terlebih dahulu.
"Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menawarkan skim ini menerusi Perkeso untuk golongan suri rumah manakala di peringkat dunia, kita adalah negara keempat.
"Jadi, rakyat Malaysia terutama suri rumah khususnya wanita termasuk mereka yang bujang digalak untuk mendapatkan perlindungan ini agar dapat melindungi diri mereka sekiranya terlibat dalam kemalangan domestik," katanya.
Beliau berkata Perkeso juga sedang giat mempromosikan SKSSR menerusi libat urus dengan pelbagai pihak seperti majikan, kawasan penempatan Orang Asli dan badan bukan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan memberi penerangan berkaitan skim itu.
Karnival Kerjaya MyFutureJobs Melaka Careertrans yang berlangsung hari ini dan esok menawarkan lebih 6,500 peluang pekerjaan kepada pencari kerja melibatkan 36 majikan daripada pelbagai sektor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Setakat 2 Mac lepas, sebanyak 174,000 suri rumah telah mencarum di bawah SKSSR yang dilancarkan pada 1 Dis lepas. - Foto BERNAMA
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).