Elang Wah Sdn Bhd, pengendali bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' dijangka turut memperluas perkhidmatannya ke Pulau Pinang.
Pengarah Urusannya Syed Azhar Syed Nadzir berkata pihaknya baharu sahaja selesai mengadakan kajian mengenai perkara itu.
Beliau berkata Pulau Pinang mempunyai potensi untuk diadakan perkhidmatan bas sedemikian kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong.
Sebagai permulaan, lapan buah bas disasar untuk beroperasi, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Visit Malaysia Year 2014 Countdown Carnival di sini hari ini oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Datuk Azizan Noordin.
Hop-on Hop-off kini beroperai di Kuala Lumpur.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri terlebh dahulu.
Sementara itu, Azizan berkata pihak kementerian mengalu-alukan usaha menyediakan perkhidmatan tersebut.
Bernama
Sun Dec 29 2013

Hop-on Hop-off kini beroperai di Kuala Lumpur -filepic

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' dijangka diperluas ke Pulau Pinang
Pulau Pinang mempunyai potensi untuk diadakan perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong.