PUTRAJAYA:Kerajaan Persekutuan memberi jaminan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang akan diteruskan dengan menawarkan perkhidmatan feri yang moden demi keselamatan dan keselesaan penumpang.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata beberapa pihak melahirkan perasaan kesal atas keputusan untuk menyediakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang lebih selamat, cepat dan mengurangkan kos penyelenggaraan yang kian meningkat disebabkan faktor feri berusia 47 tahun yang perlu diselenggara secara purata sebulan sekali.
"Adalah ditegaskan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan kami di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Oleh itu, MOT telah membuat keputusan untuk memodenkan perkhidmatan feri ini demi keselamatan dan keselesaan penumpang," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 126 tahun adalah perkhidmatan feri tertua di negara ini dan juga perkhidmatan feri lintas selat pertama antara Pulau Pinang dan tanah besar, bermula pada tahun 1894.
Sebelum ini dilaporkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang itu akan dihentikan pada 31 Dis ini.
Wee berkata beliau sekali lagi semalam telah menerangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berhubung perancangan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf feri sedia ada, mengambil kira keselamatan, daya tahan dan keselamatan penumpang feri bagi memastikan perkhidmatan ini akan terus dinikmati oleh rakyat tempatan termasuk pelancong.
"Saya amat menghargai pemahaman Ketua Menteri dalam perkara ini dan kami turut berharap perkara ini dapat diteruskan demi kebaikan semua pihak," katanya.
Wee berkata fasa pemodenan perkhidmatan feri akan dimulakan dengan memperkenalkan tiga bas air (untuk penumpang) bermula dari 1 Jan 2021 dan diikuti dengan dua pengangkut kenderaan yang akan hanya membawa kenderaan bermotor dua roda (seperti motosikal dan basikal), yang akan beroperasi mulai tahun 2022.
BACA: Naik feri Pulau Pinang percuma selama dua minggu mulai 1 Januari
BACA: Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
BACA: Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Pada 17 Dis lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat, sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan untuk pemodenan perkhidmatan feri itu yang akan disalurkan melalui dua pembayaran iaitu pada tahun 2021 dan 2022.
Sebagai langkah sementara, Wee berkata Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan menyediakan dua bot penumpang laju untuk mengangkut penumpang serta mendapatkan perkhidmatan feri milik Prasarana untuk mengangkut kenderaan dua roda dalam usaha membantu proses peralihan ke kapal baharu dalam tempoh berkenaan.
"PPSB juga akan menawarkan perkhidmatan bot laju secara percuma kepada penumpang untuk dua minggu mulai 1 Jan 2021," katanya.
Bagi mengekalkan sejarah ikonik Pulau Pinang, Wee berkata pihaknya akan mempertimbangkan idea sebagaimana yang dicadangkan oleh beberapa pihak untuk menjadikan feri sedia ada sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan yang akan dapat memperingati sumbangan feri Pulau Pinang kepada identiti kebudayaan dan warisan negeri berkenaan.
Beliau berkata dijangkakan lebih ramai pengguna kenderaan motor akan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk perjalanan antara tanah besar di Seberang Perai dan pulau, yang lebih selamat, cepat dan murah berbanding feri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020

Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang berusia 126 tahun adalah perkhidmatan feri tertua di negara ini. - Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.

Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.

Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.

Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.