SEMPORNA: Perkhidmatan feri dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum akan dipertimbangkan secara serius sementara menunggu cadangan jambatan Pulau Bum-Bum menjadi kenyataan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, beliau akan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi di bawah Pejabat Ketua Menteri jika perkhidmatan feri boleh dimulakan untuk memenuhi keperluan penduduk di Pulau Bum-Bum.
"Perkhidmatan feri untuk pengangkutan dan penumpang akan memberi manfaat kepada penduduk di pulau yang luas itu," katanya pada sesi bertemu rakyat di sini hari ini.
Turut hadir pada sesi itu calon bagi kerusi Parlimen Semporna iaitu Nixon Abdul Habi dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya Abd Aziz Mohd Ibno dari Barisan Nasional (BN).
Mengenai jambatan berkenaan, Hajiji berkata cadangan itu sudah lama tetapi kali ini beliau akan membawa perkara itu kepada kerajaan Persekutuan.
"Jika calon GRS-BN memenangi pilihan raya di sini, saya sendiri akan membawa permohonan itu kepada kerajaan Persekutuan," katanya.
Hajiji berkata kerajaan negeri GRS-BN akan berusaha menyelesaikan masalah dan isu melibatkan penduduk di sini, termasuk isu infrastruktur di Kampung Simunul dan Kampung Bangau-Bangau yang membelenggu rakyat sejak sekian lama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Menurut Hajiji, beliau akan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi di bawah Pejabat Ketua Menteri jika perkhidmatan feri boleh dimulakan untuk memenuhi keperluan penduduk di Pulau Bum-Bum. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

Angin kencang, laut bergelora dijangka landa perairan negara 29-31 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini.

Perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu disambung semula 15 Dis
Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu akan beroperasi semula pada 15 Dis ini selepas hampir tiga tahun dihentikan susulan pandemik COVID-19.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.

P.Pinang pertimbang integrasi Pas Mutiara dengan perkhidmatan feri
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan pengintergrasian Pas Mutiara dengan perkhidmatan feri baharu agar satu kadar yang disubsidi dapat ditawarkan bagi manfaat rakyat.

Amaran angin kencang, laut bergelora di sekitar perairan negara hingga 26 Julai
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

LIMA 2023: Kementerian Pengangkutan usaha atasi isu perkhidmatan feri di Langkawi
Langkah itu sebagai persiapan menjelang kehadiran pengunjung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023).

Perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal dihentikan sementara bermula 1 Januari
Proses menaik taraf itu mengambil masa selama tujuh bulan merangkumi penggantian pelantar laluan dan pemasangan ponton terapung.

Perjalanan feri Kuala Kedah ke Langkawi ditambah
Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah ke Langkawi akan ditambah bermula Sabtu ini.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.