GEORGE TOWN: Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan kedua bagi tahun ini dari 15 hingga 23 Jun nanti dan beroperasi semula pada 25 Jun.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular iaitu Garaventa AG dari Switzerland.
"PBBPP juga menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan, serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular Bukit Bendera.
Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera dengan menghubungi 012-4541255, yang terletak di Tempat Letak Kereta Rifle Club di Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan.
PBBPP mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung di atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera dan intuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 04-8288880 atau emel ke [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat. - Gambar fail
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera ditutup dari 15 hingga 23 Jun
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan kedua bagi tahun ini dari 15 hingga 23 Jun nanti dan beroperasi semula pada 25 Jun.