KUALA LUMPUR: Lebih 17 kawasan penempatan penduduk luar bandar dan kawasan sekitar Paya Besar, Pahang, kini mendapat perkhidmatan jalur lebar lebih baik melalui rangkaian 4G setelah sebuah menara baharu siap dibina dan 19 stesen pemancar dinaik taraf hingga 31 Ogos lepas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan yang menerima liputan lebih baik menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu ialah Felda Bukit Sagu 1, Bukit Gambang Resort City, Felda Lepar Hilir 1, Felda Lepar Hilir 2, Felda Lepar Hilir 3, Felda Panching Timur dan Felda Bukit Sagu 4.
Turut mendapat perkhidmatan jalur lebar lebih baik ialah Kolej Matrikulasi Pahang, Sungai Semuji dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Sri Jaya Interchange, kawasan Rehat dan Rawat Gambang, Kampung Gelugor, Kampung Kolek, Kampung Batu 37, Kampung Paya Bungor Kiri dan Kampung Semuji.
"Secara keseluruhan di bawah pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina dan 67 stesen pemancar sedia ada akan dinaik taraf ke rangkaian 4G.
"Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 4,545 premis akan disediakan dengan capaian rangkaian gentian optik," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC, satu tinjauan telah dijalankan Khamis lepas bagi memantau perkembangan pelaksanaan projek terbabit dan kerja-kerja pelaksanaan projek JENDELA dijangka siap secara berperingkat bermula penghujung Disember 2021 hingga penghujung Mac 2022.
Dalam pada itu, MCMC turut menggesa orang ramai memanfaatkan JENDELA Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal mereka.
Mereka juga disaran mengajukan maklum balas atau aduan kepada penyedia perkhidmatan bagi menambah baik kualiti serta liputan perkhidmatan jalur lebar di kawasan masing-masing.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di pautan https://jendela.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
![Perkhidmatan internet di lebih 17 kawasan Paya Besar, Pahang dipertingkatkan Perkhidmatan internet di lebih 17 kawasan Paya Besar, Pahang dipertingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629961779_MenaraTelekomunikas.jpg)
Secara keseluruhan di bawah pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733744589_TBastroone.jpg)
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
![Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725180549_tbTeoNieChing.jpg)
Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini
Karnival Komunikasi 2024 merupakan inisiatif bagi menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan kementerian dan agensi.
![7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak 7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702897399_TeoNieChingSantu.jpg)
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
![Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688888836_TBFahmiFadzil.jpg)
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.
![KKD peruntuk RM3.9 bilion untuk projek PoP Fasa 2 - Fahmi KKD peruntuk RM3.9 bilion untuk projek PoP Fasa 2 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688618166_TBFahmiFadzil.jpg)
KKD peruntuk RM3.9 bilion untuk projek PoP Fasa 2 - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan sebanyak RM3.9 bilion bagi meneruskan pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) Fasa 2.
![Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680161564_FahmiFadzil.jpg)
Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.
![Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677126024_FahmiFadzil.jpg)
Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama
Mengambil contoh harga perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga baharu untuk 2023 ialah RM254.64 sebulan.
![Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan - Fahmi Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670422594_FahmiFadzilMenter.jpg)
Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan - Fahmi
Golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas kini boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan.
![Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664129333_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar
Annuar berkata, secara strategiknya Kelantan akan dibangunkan sebagai hub logistik kawasan timur yang penting.