KUALA LUMPUR: Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), mencatatkan jumlah sejuta penumpang sehari pada 21 Mac lepas (Selasa), jumlah tertinggi sejak negara memasuki fasa endemik.
Prasarana dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu merupakan lonjakan daripada purata 846,000 penumpang sehari dari 1 Jan hingga 15 Mac, dengan perkhidmatan rel mencatatkan seramai 767,000 penumpang, manakala perkhidmatan bas mencatatkan 235,000 penumpang.
"Angka sejuta penumpang sehari tersebut termasuk purata 100,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mac lepas.
"Prasarana mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan akan terus berusaha untuk memastikan faktor keselamatan, kelancaran dan kestabilan perkhidmatan, dipelihara untuk manfaat orang ramai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan sebelum COVID-19 mula melanda negara pada awal 2020, kira-kira 1.2 juta orang menggunakan perkhidmatan Prasarana sehari.
Ketika ini penumpang menikmati tambang percuma bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya, termasuk bas perantara bagi MRT Laluan Putrajaya dari Damansara ke Putrajaya Sentral sehingga 31 Mac depan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui saluran media sosial Rapid KL ataupun melalui aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023
Angka sejuta penumpang sehari tersebut termasuk purata 100,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Fail/BERNAMA
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.
Fasiliti pintu platform automatik pastikan keselamatan penumpang monorel - Loke
PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.
Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.