SHAH ALAM: Perbuatan individu yang menawarkan perkhidmatan ‘teman raya’ dengan mengenakan sejumlah bayaran tertentu adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia diiklankan sekadar suka-suka seperti mana tular di media sosial baru-baru ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam melarang umatnya membuat perkara yang tidak mempunyai makna dan sia-sia.
“Walaupun perkara itu dibuat sekadar suka-suka, namun sekiranya ia dilarang dalam agama maka hukumnya haram.
“Masyarakat gemar memandang perkara ini tidak serius, tetapi jika dibiarkan terlalu lama ia akan menjadi barah dalam masyarakat,” jelasnya kepada Sinar Harian.
Pada 27 April lalu tular di media sosial mengenai trend menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ dan kekasih lakonan oleh segelintir masyarakat di negara ini.
Perkhidmatan yang diiklankan dengan bayaran serendah RM100 menerusi ciapan di Twitter itu juga mengundang rasa tidak senang ramai pihak dan disifatkan seakan menjual maruah diri.Dalam pada itu, menurut Mohamad Shukri, masyarakat khususnya golongan muda perlu peka dan cakna dengan ajaran Islam dan menjadikan sumber agama sebagai rujukan.
“Justeru, media cetak dan elektronik memainkan peranan bagi mendidik masyarakat dan menggunakan pendekatan dakwah agar mereka tidak terus hanyut dengan perkara yang tidak memberi sebarang faedah.
“Pada pendapat saya tindakan undang-undang atau enakmen boleh dicabar dan merupakan langkah terakhir, namun pendekatan kesedaran serta dakwah lebih berkesan mengajak mereka ke arah kebaikan,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023

MOHAMAD SHUKRI: Masyarakat gemar memandang perkara ini tidak serius, tetapi jika dibiarkan terlalu lama ia akan menjadi barah dalam masyarakat. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Perkhidmatan 'teman raya' adalah haram - Mufti
Mohamad Shukri berkata, Islam melarang umatnya membuat perkara yang tidak mempunyai makna dan sia-sia.