Perkhidmatan tram akan diperkenalkan bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Pantai Cenang, antara lokasi tumpuan ramai di pulau peranginan bebas cukai ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) Radzuan Osman berkata cadangan tersebut dikemukakan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melibatkan pelbagai agensi dalam Majlis Pembangunan Langkawi baru-baru ini.
"Dalam mesyuarat di peringkat tertinggi telah dipersetujui satu kaedah pengangkutan perlu diwujudkan di tapak 'Park N' Ride' Cenang ini untuk pelancong-pelancong yang datang sebab kita sedia maklum tapak ini adalah di luar kawasan Pantai Cenang.
"Dengan adanya tram itu dapat membantu pihak yang parkir kenderaan di sini untuk dibawa ke hotel yang telah ditempah.
"Bagaimanapun, tempoh waktu untuk merealisasikan perkhidmatan tram mungkin mengambil masa kerana melibatkan pelbagai proses," katanya.
Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian 'Langkawi Youth Town' di Park N Ride Chenang, di sini pada Khamis.
Sementara itu, Radzuan berkata sebagai usaha awal menjadikan Langkawi sebagai pulau rendah karbon, MPLBP akan mula menggunakan kenderaan elektrik.
"Dalam tempoh waktu terdekat, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan menyerahkan dua buah kereta elektrik dan 10 buah motosikal elektrik untuk kegunaan anggota penguat kuasa MPLBP," katanya sambil menambah jumlah kenderaan elektrik akan ditambah secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019
Pengenalan perkhidmatan tram dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Pantai Cenang. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Provost Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata Malaysia perlu mula bergiat aktif dan mengembangkan pasaran dalam blok-blok negara dunia yang tidak dianggotai Amerika Syarikat bagi mengelakkan terbeban dengan dasar perdagangan presiden Donald Trump. Jelasnya, blok-blok berkenaan termasuklah negara anggota kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). #AgendaAWANI
"Syurga dunia" Maldives dibuka kepada pelancong asing mulai 15 Julai
Maldives yang digelar syurga dunia oleh pelancong mempunyai kira-kira 1,200 puau di Lautan Hindi.