HATYAI: Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.
Tinjauan Bernama di kaunter tiket State Railway Of Thailand (SRT) di Stesen Keretapi Padang Besar mendapati orang ramai mula beratur seawal 8 pagi bagi mendapatkan tiket ke Hatyai.
Menurut laman web Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd, perkhidmatan tren tersebut dijalankan dengan kekerapan dua kali sehari iaitu 9.55 pagi dan 4.40 petang (waktu Malaysia) bagi laluan Padang Besar-Hatyai, manakala 8.30 pagi dan 3 petang bagi laluan Hatyai-Padang Besar.
Salah seorang penumpang, Boon Kee Ho, 44, dari Gurun, Kedah berkata pembukaan semula perkhidmatan keretapi ke Thailand memudahkan semua penumpang selain menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu memandu kenderaan sendiri.
"Saya naik komuter KTM pukul 7.12 pagi dari Gurun ke Stesen KTM Padang Besar dan sampai ke sini 8.15 pagi.
"Tiba di sini (Padang Besar) saya terus ke kaunter tiket SRT yang mula dibuka pada 8.30 pagi, ia amat mudah dan cepat," kata bapa kepada dua orang anak itu.
Katanya beliau ke Hatyai untuk berjumpa kawan lama dan menikmati masakan Thailand.
Turut berkongsi pengalaman, Mohd Yunus Zunun, 39, dari Butterworth, Pulau Pinang berkata beliau menaiki komuter dari Butterworth ke Padang Besar pada pukul 6.25 pagi dan tiba 8.15 pagi.
"Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya menaiki kereta api ke Thailand, sebelum ini saya bawa kereta sendiri.
"Bagi saya pengalaman menaiki kereta api lebih menyeronokkan dan santai kerana tidak perlu penat memandu dan lebih mudah walaupun jarak masa hampir sama iaitu lebih kurang satu jam," katanya yang bekerja di sebuah kilang.
Hari pertama pembukaan semula perkhidmatan tren ke Thailand mendapat liputan daripada media Malaysia dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Hari pertama pembukaan semula perkhidmatan tren ke Thailand mendapat liputan daripada media Malaysia dan Thailand. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai dibuka semula hari ini
Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19, perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.