Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah mahukan orang muda diberi didikan moral yang baik agar sentiasa untuk hormat-menghormati dan hidup bersatu padu.
Titah baginda, amalan menghormati agama dan budaya setiap kaum amat penting dalam memastikan keharmonian dikekalkan.
"Pemegang tampuk kuasa harus berpegang teguh kepada Rukun Negara terutamanya prinsip Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.
"Pentadbiran yang baik perlu ada untuk memastikan kedamaian dan keharmonian. Beta percaya prinsip amalan tadbir urus yang baik, berintegriti, amanah, jujur dan ikhlas ada pada ajaran setiap agama serta budaya semua kaum.
"Ia hendaklah diterjemah dengan tindakan yang jujur dan ikhlas dalam mempertahan, melindungi dan memastikan kebebasan institusi perundangan, kehakiman, penguatkuasaan dan suruhanjaya- suruhanjaya.
"Tindakan ini perlu supaya institusi-institusi yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bebas daripada sebarang campur tangan yang pasti memudaratkan.
"Ini termasuklah pengendalian Pilihan Raya Umum yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-70 baginda di Istana Besar Seri Menanti pada Ahad.
Sempena hari keputeraan baginda, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, mendahului senarai 693 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dengan dianugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan.
Pada istiadat itu, anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al-'Abidin, dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang yang membawa gelaran Datuk Seri.
Selain itu, dua orang menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang, Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (tujuh), Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (satu), Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (25).
Darjah Setia Negeri Sembilan (31), Darjah Tuanku Muhriz (dua), Darjah Pekerti Terpilih (18), Ahli Setia Negeri Sembilan (109), Setiawan Tuanku Muhriz (satu), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (173), Pingat Jasa Kebaktian (291), Pingat Khidmat Lama (16) dan Bentara Tuanku Muhriz (15).
Astro Awani
Sun Jan 14 2018

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto BERNAMA

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.

Perkukuh nilai moral yang baik dalam kalangan orang muda - Tuanku Muhriz
Pemegang tampuk kuasa harus berpegang teguh kepada Rukun Negara terutamanya prinsip Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.