KUALA LUMPUR: Tiga buah negeri membabitkan Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 4 Ogos ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Muhyiddin menjelaskan tiga buah negeri itu beralih ke Fasa 3 PPN kerana menunjukkan prestasi yang amat baik buat masa ini.
"Pada mesyuarat petang ini juga, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah membentangkan perkembangan pelaksanaan PPN.
"Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.
"Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya," katanya.
Dalam kenyataan itu juga Muhyiddin menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih memperhalusi kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.
Selain itu beliau memaklumkan, MKN juga turut membincangkan kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.
"Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
"Insya’Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambilkira keselamatan rakyat," katanya lagi.
Perdana Menteri memaklumkan strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar.
Astro Awani
Mon Aug 02 2021
Muhyiddin juga menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih memperhalusi kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Keputusan memperkenalkan semula slogan berkenaan adalah langkah strategik bagi memastikan Sinar kekal relevan serta terus dekat di hati pendengar.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
Labuan sedia beralih ke Fasa 3 PPN - Senator Bashir Alias
Kemajuan positif kadar vaksinasi Labuan sebanyak 80 peratus bakal menyaksikan pulau bebas cukai itu boleh beralih ke Fasa Tiga PPN.
PPN: Kelantan berada di 'landasan baik' hampiri indikator fasa 3 - Exco
Kelantan berada di 'landasan yang baik' untuk mencapai sasaran nilai ambang di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), sekali gus membolehkan negeri itu memasuki Fasa Tiga pelan berkenaan.
Sukarelawan warga emas diperlukan untuk kajian vaksin COVID-19
Warga emas berusia 60 tahun ke atas diperlukan sebagai sukarelawan bagi menyertai kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19.
PKP fasa 3: Beri alasan tak masuk akal, 29 ditahan ingkar arahan
Kesemua mereka, termasuk 15 daripadanya warga asing, diberkas ketika sedang berlegar-legar di luar rumah di sekitar kawasan Subang.