KUALA LUMPUR: Kestabilan penting untuk sesebuah negara agar ia dapat melaksanakan segala polisi yang dirancang.
Namun, sesekali, elok juga ia teruji dengan krisis, kata Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma.
Menurutnya, sesuatu bentuk gangguan dalam sesebuah sistem dapat membentuk suasana yang menggalakkan daya fikir segar dan berupaya menghasilkan inovasi untuk menambah baik keadaan semasa.
“Ramai dalam kalangan kita sering beranggapan bahawa kestabilan sentiasa menjadi pilihan terbaik, namun ada kalanya kita memerlukan krisis.
"Dalam konteks kajian inovasi, apabila dikatakan untuk menginovasi, kita perlukan ‘gangguan’ konstruktif. Tetapi saya tak sarankan supaya kita berdemonstrasi (mencetuskan kekacauan).
"Maksudnya di sini adalah, sesuatu perubahan yang berlaku dengan drastik dan bersifat mendadak tidak perlu terus dilihat sebagai sesuatu yang negatif - mengapa tidak kita menerokanya?”
Maka, kata Madeline, sesuatu krisis itu perlu diuruskan dengan baik, dengan melihat kepada ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan reformasi dalam banyak perkara.
Ia supaya cara baharu dapat ditemukan untuk membentuk sistem yang lebih baik, sesuai dengan perubahan keadaan semasa.
Beliau mengambil contoh di mana rakyat mengubah keadaan apabila mengangkat Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Perubahan itu menyedarkan para pemain politik - di pihak PH, mentadbir negara tidaklah semudah berkata-kata dan di pihak Barisan Nasional (BN) pula, mereka tidak lagi boleh terus alpa.
Ditambah pula dengan ketibaan pandemik dan kemelut pentadbiran, maka untuk negara tidak runtuh dan terus bergerak ke hadapan, setiap pihak perlu melihat cara baharu untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, tambahnya.
“Kami para akademia mengharapkan sesuatu yang benar-benar (perubahan besar) pasca COVID-19. Inilah sesuatu ruang dan peluang yang terbaik untuk melakukan banyak reformasi.
“Tetapi nampaknya, seolah-olah macam tak kesampaian,” kata Madeline
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Fri Dec 10 2021

MADELINE: Kami para akademia mengharapkan perubahan besar pasca COVID-19, suatu ruang dan peluang terbaik untuk melakukan banyak reformasi, tetapi nampaknya, seolah-olah macam tak kesampaian. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PuTERA35 perlukan pendekatan, pemantauan lebih holisitk - Madeline
Dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat, terdapat risiko pertindihan dan persaingan yang boleh menjejaskan penggunaan sumber.

Rakyatkan ilmu subsidi, elak kekeliruan rakyat - Madeline Berma
Kerajaan perlu lebih agresif dalam menyampaikan penerangan mengenai pemberian subsidi termasuk merakyatkan ilmu pelaksanaan rasionalisasi subsidi di negara ini.

Ekonomi gig perlu dipandang serius, bukan lagi kerja sementara - Madeline Berma
Pekerja e-hailing juga menyumbang kepada pembangunan negara tapi umum melihatnya hanya sebagai sesuatu yang berjangka pendek.

Tidak harus khuatir, takut dengan Malaysia Madani - Penganalisis
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan matlamat untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan latar belakang dicapai.

Subsidi penternak disalur kepada pengguna, pakar ekonomi kemuka dua kebimbangan
Datuk Madeline Berma khuatir akan berlakunya kenaikan harga barangan mentah yang lain susulan keputusan tersebut.

Kita perlu data struktur industri makanan yang menyeluruh - Pakar
Data yang lengkap membolehkan usaha kenal pasti punca kenaikan harga barang dan langkah menanganinya dibuat dengan lebih berkesan.

Kenaikan gaji minimum boleh dorong kenaikan harga barangan - Pakar ekonomi
Apabila kenaikan harga itu diserap, majikan atau pengusaha sering kali mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.

Perlu ada gangguan konstruktif supaya negara sentiasa berinovasi - Madeline Berma
Sesuatu bentuk gangguan pada sistem dapat membentuk suasana yang menggalakkan kelahiran idea-idea penyelesaian masalah yang baharu.

Pakej PEMULIH dirancang rapi, menyeluruh - Pakar ekonomi
Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dirancang rapi dan menyeluruh bagi memastikan tiada pihak yang tersisih dalam mendepani krisis COVID-19

Kekalkan identiti kaum dalam menyatupadukan rakyat Malaysia - Madeline
Setiap rakyat di negara ini perlu kekal dengan budaya kaum masing-masing dan tidak seharusnya dipaksa mengamalkan budaya kaum lain.