KUALA LUMPUR:Tidak adil bagi Malaysia sekiranya Jho Low tidak didakwa di mahkamah semata-mata kerana dia sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mengembalikan semula wang dan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, mahkamah yang sepatutnya menentukan setiap tindakan dan hukuman terhadap ahli perniagaan dalam buruan itu dan dia harus pulang ke Malaysia untuk dibicarakan.
"Kalau nak kembalikan wang, kita tak akan didakwa, ini tidak adil. Yang penting, kita di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada peranan untuk dakwa dia di mahkamah.
"Jadi, mustahak untuk apa jua tindakan dilakukan di mahkamah. Kita kena pastikan, apabila mahkamah buat keputusan, sama ada penjara atau tidak, itu dalam bidang kuasa mahkamah.
"Ini kerana, kesalahan yang dilakukannya itu ada akta yang ditetapkan di bawah SPRM," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
BACA: Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB
BACA: Kalau tidak bersalah kenapa takut pulang, soal KPN kepada Jho Low
Beliau mengulas kenyataan Jho Low menerusi siaran eksklusif di Al Jazeera terdahulu hari ini yang mengatakan beliau hanya meminjam daripada 1MDB dan sedia memulangkan wang dan aset dengan syarat dia tidak akan didakwa di mahkamah.
Akhbar berkata, seseorang tidak boleh terlepas dari perbicaraan mahkamah walaupun mahu menyerahkan semula aset yang telah diambil.
"Sudah tentu ia akan diikuti penguatkuasaan akta terhadap kesalahan yang dilakukan. Yang penting, salah atau tidak salah, ia ditentukan mahkamah.
"Kita tidak boleh awal-awal lagi menetapkan untuk serah harta. Sebab, kalau kita tengok, memang banyak yang sudah dihabiskan. Ini tak adil. Jho Low perlu balik dan hadapi perbicaraan," ujarnya.
Sementara itu, kata Akhbar, SPRM mempunyai bukti-bukti kukuh untuk membawa Jho Low ke muka pengadilan selepas didakwa melakukan penyelewengan wang 1MDB.
Justeru, tambahnya, Malaysia telah menyerahkan kepada bidang kuasa polis antarabangsa untuk mengesan ahli perniagaan itu.
Rahimah Abdullah
Tue Nov 17 2020

Datuk Seri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia. - Gambar Fail/Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.

1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.

1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.