KEPALA BATAS: Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut memainkan peranan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini.
Pengasas Tadika Khalifah Intelek, Rohani Abdul Ghani, 59, berkata kesemua enam cawangan tadika berkenaan sememangnya menekankan kepentingan dalam menyambut kedua-dua Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sejak dari awal lagi.
Rohani berkata usaha ini supaya kanak-kanak lebih memahami mengenai sejarah dan tujuan sambutan Hari Kebangsaan diadakan setiap tahun adalah bagi meraikan kemerdekaan negara, manakala sambutan Hari Malaysia bertujuan memperingati ulang tahun penubuhan Malaysia apabila Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung pada 1963.
"Pihak tadika menyambut Hari Malaysia setiap tahun secara meriah kecuali ketika negara dilanda pandemik kerana kita mahu anak-anak meraikannya dan mengenali lebih mendalam Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya," katanya kepada Bernama.
Namun menurut beliau, kaedah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak perlu dititikberatkan dan dilakukan secara santai memandangkan topik yang diajar itu agak berat dan serius.
"Pihak tadika perlu kreatif dengan mengambil pendekatan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak iaitu dengan memperkenalkan permainan tradisional di setiap negeri, makanan atau kuih-muih yang berwarna-warni serta aktiviti mengenal dan mewarna 14 bendera negeri di Malaysia," katanya.
Rohani berkata pada 13 Sept ini, semua enam cawangan Tadika Khalifah Intelek dengan kira-kira 200 pelajar tadika akan bersama-sama meraikan sambutan Hari Malaysia dan antara aktiviti yang dirancang termasuk acara 11 jenis permainan tradisional.
"Sebenarnya permainan tradisional ini sangat bermanfaat untuk mereka, contohnya, permainan congkak secara tidak langsung mengajar mereka tentang ilmu matematik.
"Kita berharap pengenalan terhadap permainan traditional dan makanan yang unik dari negeri-negeri di Malaysia ini boleh mencetus teras ingatan kanak-kanak kerana kita tidak mahu budaya dan amalan tradisi ini pupus ditelan zaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Rohani menerangkan latar belakang Jalur Gemilang kepada kanak-kanak tadika miliknya. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.

Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.

Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.

Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.

Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.

Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.

Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.