KUALA TERENGGANU: Semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap risiko bencana empangan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum terutama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) November ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, namun persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan.
"Di China dan Afrika misalnya, sudah ada kejadian empangan yang pecah, jadi kita kena bersedia dengan kemungkinan ini, walau bagaimanapun kita sangat berharap agar kejadian ini tidak berlaku.
"Jika berlaku (pecah) misalnya di Empangan Kenyir, air boleh naik sehingga 15 meter di kawasan sekitarnya dan kita perlu tahu apa tindakan yang patut dilakukan jika bencana besar seumpama ini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada program Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir yang dianjurkan dengan kerjasama NADMA, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan negeri Terengganu di sebuah hotel di sini.
Sebanyak 26 jabatan dan agensi negeri serta persekutuan terlibat dalam latihan itu, selain turut melibatkan 14 agensi di peringkat empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.
Meor Ismail berkata tahap kesiapsiagaan sesebuah agensi yang berkaitan termasuk orang awam dalam menghadapi bencana adalah faktor penentu kejayaan sesuatu misi.
"Kita adakan latihan agar mereka bersedia, yang penting kita buat simulasi supaya penduduk di kawasan berdekatan faham dan bersedia. Antara yang perlu difahami misalnya bunyi siren di empangan sebab saya difahamkan bunyi siren ada macam-macam, ada amaran paras bahaya dan sebagainya, jadi penduduk kena faham jenis bunyi itu," katanya.
Katanya, sepanjang program latihan selama dua hari bermula Selasa itu, perbincangan (simulasi tabletop) dijalankan mengenai tindakan menghadapi bencana, manakala simulasi lebih besar (secara fizikal) melibatkan penduduk setempat akan dilakukan pada 26 Okt ini di Hulu Terengganu kerana ia paling hampir dengan Empangan Kenyir.
"Kita mendapat beberapa permintaan dari negeri-negeri lain untuk mengadakan program latihan dan simulasi empangan ini, tapi kita pilih Empangan Kenyir kerana mengambil pengajaran daripada kejadian banjir besar awal tahun ini.
"Pada ketika itu empangan tidak pecah, tapi apa yang berlaku ialah berlaku limpahan air akibat hujan lebat dan kita pilih Kenyir kerana terdapat empat daerah berdekatan yang akan terjejas jika berlaku kejadian empangan pecah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang," katanya.
Meor Ismail berkata antara pengisian dalam latihan tersebut termasuklah taklimat teknikal oleh jurutera TNB mengenai operasi Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir, pembentangan impak bencana empangan serta pembentangan tindakan bencana empangan oleh peserta terlibat.
"Kita berikan kajian kes untuk peserta dan minta mereka bentangkan tindakan dalam tempoh beberapa minit sahaja. Bila berlaku bencana sebenar, tindakan pantas sangat penting, tidak boleh nak mesyuarat sejam pun untuk ambil tindakan.
"Agensi terlibat juga perlu faham isu-isu teknikal di empangan kerana saya dimaklumkan setiap empangan menggunakan teknologi berbeza dan di Kenyir misalnya, teknologinya agak lama dan cabaran banyak di Kenyir antaranya sebab ia merupakan kawasan pelancongan," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata NADMA sangat menghargai kerjasama semua pihak termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu dan TNB dalam menjayakan simulasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) NADMA Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, namun persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan. - Gambar fail/FB TNB
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy
Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur.
Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.
Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.
TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan
Ahmad Zahid berkata NADMA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.
Banjir di sembilan negeri memburuk, hampir 100,000 dipindahkan setakat petang ini
Situasi banjir di lapan negeri kian buruk dengan angka keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 96,883 orang setakat 4 petang ini.
ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN anjur solat hajat dan doa selamat untuk Pantai TImur
Empat stesen radio Bahasa Melayu di bawah Astro Audio, menganjurkan Solat Hajat dan Doa Selamat bagi mendoakan kesejahteraan penduduk Malaysia yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur.