KUALA LUMPUR: Kerjasama Awam-Swasta (PPP) dalam sektor penjagaan kesihatan perlu diperluas dan dipertingkatkan bagi memaksimumkan seluruh kapasiti penjagaan kesihatan sedia ada di Malaysia dengan berkesan dan merapatkan jurang dalam perkhidmatan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerjasama erat antara kedua-dua sektor mampu menambah pilihan rawatan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sekali gus memastikan kesinambungan penjagaan khususnya bagi pesakit menghidap penyakit kronik.
"Pandemik (COVID-19) yang berlaku sejak dua tahun lepas merupakan peringatan untuk semua pihak termasuk sektor penjagaan kesihatan. Ini merupakan peluang untuk kita semua menyedari jurang yang perlu ditangani dan bekerjasama ke arah matlamat bersama bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ 2022 bertemakan Pandemic: Now and What Next? di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dr Noor Azmi berkata sektor awam dan swasta masih belum disepadukan secara sempurna dengan sektor awam menampung dua pertiga daripada kes pesakit luar dan pesakit yang dimasukkan ke wad namun 75 peratus pakar di Malaysia berada dalam sektor swasta.
Beliau berkata sumber, beban kerja dan data tidak mudah dikongsi antara kedua pihak menyebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan, pengulangan siasatan yang tidak perlu dan kos bertambah.
"Bagaimanapun, pada kebanyakan masa yang tidak dijangkakan dan dalam keadaan kecemasan, sektor awam dan awam saling bekerjasama. Kerajaan memperoleh perkhidmatan untuk vaksinasi dan menyerahkan kes bukan COVID-19 dengan memindahkan sementara pesakit ke hospital swasta. Malah hari ini, kami telah meneruskan pendekatan ini untuk mengurangkan sejumlah tunggakan kes yang dialami sektor awam," katanya.
Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan lebih RM250 juta untuk tempoh tiga tahun mulai 2020 hingga tahun ini untuk program pemindahan pesakit dengan penyedia penjagaan kesihatan swasta.
Dr Noor Azmi turut memperakui bantuan yang diberikan KPJ Healthcare sepanjang penularan wabak dalam bidang vaksinasi, pemindahan pesakit serta sumbangan peralatan perubatan.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pandemik COVID-19 yang belum pernah berlaku memberi peluang untuk menghimpunkan dan memanfaatkan kepakaran masing-masing dalam bekerjasama ke arah matlamat memperkukuh sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Beliau berkata pengguna mengharapkan para pemimpin industri memanfaatkan momentum yang wujud semasa pandemik COVID-19 untuk terus memacu industri penjagaan kesihatan.
"Bagi KPJ, ini juga bermakna meningkatkan usaha pendigitalan, memastikan kami mengekalkan penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada semua pesakit kami di seluruh rangkaian hospital kami dan lebih penting, kekal cekap dengan keupayaan untuk berubah bagi memenuhi keperluan yang semakin berkembang," katanya.
Persidangan berkenaan merupakan acara tahunan kali ke-23 KPJ dan diadakan secara fizikal buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda.
Lebih 500 peserta dijangka menghadiri persidangan dua hari itu yang mengetengahkan isu berkaitan penjagaan meliputi pengajaran daripada pandemik, digitalisasi, transformasi dan teknologi serta trend dan isu genting dalam pengurusan penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Dr Noor Azmi berkata sektor awam dan swasta masih belum disepadukan secara sempurna. - Gambar fail/BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.

Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.

Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.

WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.

Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Bermula 1 Februari, prasekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu yang melarang penggunaan skrin untuk kanak-kanak di bawah usia 18 bulan.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.