KUALA LUMPUR: Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perlumbaan 'Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023' selepas didapati tidak mendapat kelulusan badan pengelola sukan permotoran negara.
PJS dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan semakan awal mendapati kejohanan itu tidak mendapat kebenaran Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dan siasatan terperinci akan dijalankan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) sama ada terdapat sebarang pelanggaran akta.
"Semua pihak diseru untuk mendapatkan status penganjuran acara sukan yang disertai dengan pihak PJS bagi memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan. PJS sentiasa bekerjasama dengan MAM bagi memastikan keselamatan aktiviti sukan bermotor sentiasa terpelihara.
"Sekiranya memerlukan maklumat lanjut orang ramai boleh merujuk kepada PJS menerusi talian 03-89944800 atau e-mel [email protected]," menurut kenyataan itu.
Kejohanan berlangsung di Pekan, Pahang itu bertukar tragedi selepas insiden yang menyebabkan pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, meninggal dunia apabila motosikal ditungganginya terbabas pada hari pertama perlumbaan di Litar Speedway pada 12.30 tengah malam, Ahad lepas.
Mangsa yang mewakili ESR Motor menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin selepas bertarung nyawa lebih 12 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

Mangsa yang mewakili ESR Motor menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin selepas bertarung nyawa lebih 12 jam. - Foto fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

KBS, Pesuruhjaya Sukan bincang tadbir urus badan sukan
Beberapa aspek berkaitan tadbir urus badan sukan dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sempena lawatan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan hari ini.

MOM desak menteri campur tangan
MOM mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias.

Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi
Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.

Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.

Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.

Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.

Sebelah kaki MSC kini di ambang 'rumah' ASTAF - Halim
ASTAF dimaklumkan, Pesuruhjaya Sukan tidak mempunyai halangan berhubung permohonan MSC untuk menjadi ahli gabungan Persekutuan.

AGM Persatuan Olahraga Selangor pada 12 Disember tidak sah - Pesuruhjaya Sukan
Proses pelaksanaan dan perjalanan mesyuarat berkenaan didapati bercanggah, atau tidak mematuhi perlembagaan persatuan.

Pembentukan entiti baharu elak sepak takraw negara tercicir - Pesuruhjaya Sukan
Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof membayangkan hanya dengan mewujudkan entiti baharu berupaya menyelamatkan sukan sepak takraw negara daripada terus tercicir di peringkat antarabangsa.