KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan perlumbaan drag, 'Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023' di litar Pekan, Pahang, pada Ahad lepas yang meragut nyawa, tidak diiktiraf dan tidak mendapat kelulusan persatuan berkenaan.
MAM dalam satu kenyataan hari memaklumkan sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya dan mana-mana pihak yang ingin menyertainya sama ada penganjur, pemilik litar atau pelumba, wajib mematuhi peraturan serta protokol ketat yang ditetapkan.
"Ia demi memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirnya memberi peluang kepada pelumba dan penonton menikmati acara perlumbaan tersebut.
"Acara yang diiktiraf MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal ditetapkan pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berkaitan penganjur, kemudahan, peserta dan kenderaan," menurut kenyataan itu.
Justeru, menurut kenyataan itu pihak MAM tidak menyokong acara yang tidak mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan termasuk keselamatan pegawai, pelumba, penonton dan penganjur.
Menurutnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan MAM telah mengadakan perbincangan bagi mengemas kini pentadbiran dan undang-undang acara sukan permotoran supaya ia lebih teratur serta tersusun.
"Pihak MAM amat berharap agar semua pihak yang berkenaan dapat memberi kerjasama untuk memastikan bahawa penganjuran yang tidak diiktiraf seperti ini dapat dihalang demi mengelakkan kejadian sedemikian berulang," menurut MAM.
Menurut laporan media, pelumba drag Hattem Rashdi meninggal dunia semalam selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.
MAM juga menyatakan rasa dukacita atas pemergian Hattem dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Pelumba drag Hattem Rashdi meninggal dunia semalam akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023. - Gambar fail/ Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.

Penganjur perlu bertanggungjawab - KBS
KBS meminta penganjur perlumbaan bertanggungjawab berhubung insiden yang menyebabkan pelumba drag Muhammad Hattem meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan Ahad lepas.

Perlumbaan drag ragut nyawa tiada pengiktirafan MAM
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan perlumbaan drag, 'Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023' tidak diiktiraf dan tidak mendapat kelulusan persatuan.

Pelumba drag Hattem Rashid maut kemalangan di litar lumba
Pelumba drag, Hattem Rashid meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Pelumba drag Apeh Jamal selamat dikebumikan pagi ini
Allahyarham meninggalkan isteri, Norhasyimah Shairi, dan dua anak berusia 11 dan tujuh tahun.