Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2019, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar Malaysia terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.
Selain itu, baginda memanjatkan doa supaya Malaysia sentiasa mendapat rahmat.
"Dari Borobudur, Jawa Tengah saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62.
"Semoga negara kita sentiasa aman sentosa, diberkati Allah SWT," titah baginda.
Tunku Azizah mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lawatan negara empat hari ke Indonesia yang berakhir hari ini.
Lawatan itu antara lain menyaksikan Seri Paduka berdua berangkat mengunjungi tapak monumen bersejarah Candi Borobudur di sini semalam, lokasi di mana Tunku Azizah menzahirkan secara ringkas harapan baginda buat Malaysia yang akan menyambut Hari Kebangsaan ke-62 pada Sabtu ini.
Lawatan negara bermula Isnin itu merupakan lawatan negara kedua Sultan Abdullah selepas Brunei, sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.
Ketika menzahirkan ucapan itu, Tunku Azizah diiringi anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' akan diadakan di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanahair selepas mengakhiri Lawatan Negara ke Indonesia. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Gempa bumi Turkiye: Agong seru beri bantuan kepada mangsa
Yang di-Pertuan Agong sedih dengan kejadian bencana alam yang menimpa Turkiye dan Syria.

Permaisuri Agong zahir harapan Malaysia terus aman, diberkati
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2019, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar Malaysia terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.

Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan bersama kira-kira 3,000 jemaah.

#AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saling berpegangan tangan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

#AgongKita: Saya lebih gemar menjadi 'strategist' - YDP Agong
Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan individu yang sangat passionate, atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.

Hari Pertabalan Agong juga cuti umum untuk pekerja swasta
Para majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada para pekerja.

Anugerah SAM 2018: Rafiq, Ridzuan dinobat atlet terbaik
Atlet boling tenpin negara, Muhammad Rafiq Ismail, dan jaguh olahraga para kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, masing-masing diumumkan penerima Anugerah SAM 2018.

Nasihat Sultan Abdullah untuk Pemangku Raja Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dan amanah.

Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
Kecemerlangan akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berintelektual tinggi.