Pelancongan marin semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU) Ahmad Husni Ahmad Basri berkata pihaknya bersama-sama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Jabatan Perikanan giat menganjurkan pelbagai program dan kursus untuk menyampaikan maklumat berkenaan pelancongan marin kepada pemandu pelancong dan agensi pelancongan di Malaysia.
"Malaysia mempunyai banyak destinasi untuk pelancong melakukan aktiviti menyelam atau snorkelling dan permintaannya semakin meningkat terutama selepas rentas negeri dibenarkan," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui pada program 'Tourism Knowledge Enhancement' bertajuk 'Symbiosis Between Tourism and Marine Environment' anjuran Zou Divers School dan Northern Dive Shop yang dihadiri pegawai MOTAC dan TMWU, agensi-agensi pelancongan tempatan, pemandu pelancong dan pemain industri dalam sektor sama.
Program itu diadakan untuk menerangkan syarat dan undang-undang pelancongan marin di Malaysia, menyampaikan maklumat berkenaan destinasi pelancongan marin, berkongsi kaedah dan kemudahsampaian ke destinasi tersebut serta menerangkan syarat-syarat terkini perlu dipatuhi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ahmad Husni berkata pihaknya mengenal pasti Pulau Songsong yang terletak di daerah Yan, Kedah sebagai destinasi pelancongan marin khususnya aktiviti bawah air, wajar diberikan perhatian berikutan kekayaan terumbu karang dan kehidupan marin di kawasan itu.
Sementara itu, penganjur program merangkap jurulatih menyelam skuba di Zou Divers, Zulhairie Zulkiflee berkata beliau program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pemain industri supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila membawa pelancong bercuti.
"Setelah rentas negeri dibenarkan, saya dapati kurang pematuhan SOP di jeti-jeti pulau pelancongan terkenal. Orang ramai padat di sesebuah jeti, saya percaya itu adalah kerana masing-masing ingin membawa keluarga pergi bercuti setelah berbulan berkurung di rumah. Jadi, saya berharap kerjasama dapat dipupuk antara pemain industri supaya mengelakkan perkara sebegini daripada terjadi," katanya.
Menurutnya, pendaftaran untuk menyertai kelas selam skuba juga semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mereka sudah mempunyai kesedaran bahawa sukan bawah air boleh dilakukan bersama keluarga dengan selamat.
Katanya, skop aktiviti pelancongan tidak lagi terhad di atas daratan sahaja sebaliknya rakyat mahukan aktiviti yang boleh dilakukan di laut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 27 2020
![Permintaan pelancongan marin semakin meningkat - Tourism Malaysia Permintaan pelancongan marin semakin meningkat - Tourism Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595833901_Skuba.jpg)
Malaysia mempunyai banyak destinasi untuk pelancong melakukan aktiviti menyelam atau snorkelling dan permintaannya semakin meningkat terutama selepas rentas negeri dibenarkan. - Bernama
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731666533_AhmadZahidHamidi.jpg)
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
![Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723612892_TBShahFirdaus.jpg)
Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.
![Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722844318_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.
![Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704774267_TBFiradausAhmad.jpg)
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
![Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685237839_AliMohdRustam.jpg)
Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong
Kerjasama dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia.
![Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682504261_TBTIPUUMRAH.jpg)
Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.
![Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675790088_Genericplane.jpg)
Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.
![Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675294033_IbuPejabatPolisKo.jpg)
Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.
![Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659408237_TBJEMAAHKANDAS.jpg)
Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara.