KUALA LUMPUR:Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia Oktober lepas, semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif.
Adakah kemampuan Malaysia pada masa ini cukup untuk memenuhi permintaan yang meningkat, dengan kes empat digit dicatat beberapa bulan dan sekiranya berlaku senario terburuk?
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, ketika ini kapasiti makmal kebangsaan awam dan swasta melakukan 70,000 ujian setiap hari.
Katanya, ini bermakna jika lebih daripada 70,000 ujian dijalankan dalam sehari, berkemungkinan masa diambil lebih panjang.
"Kita harus mengutamakan ujian untuk kumpulan berisiko tinggi dan saringan komuniti dalam pengawasan.
"Oleh itu, kita perlu memberi perhatian kepada saringan menggunakan kit ujian pantas antigen yang lebih cepat dan menjimatkan kos untuk saringan pantas dan besar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dr Subramaniam berkata, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan menyaring kesemua kontak rapat kecuali bergejala, MMA merasakan bahawa kementerian perlu kembali kepada dasar sebelum ini.
"Polisi awal adalah mengesan seberapa banyak kontak rapat dan menjalankan ujian ke atas mereka untuk memastikan kita dapat menghentikan potensi penularan COVID-19 dalam komuniti.
"Jika kerajaan kekurangan tenaga kerja, pihaknya boleh menggunakan khidmat 7,000 doktor am (GP) KKM untuk membantu mereka," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media Khamis berkata, KKM dijangka meningkatkan kapasiti makmal COVID-19 yang boleh menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) antara 100,000 hingga 150,000 setiap hari.
"Sehingga kini, kami mempunyai 68 makmal yang menjalankan 70,000 ujian RT-PCR setiap hari dan kapasiti makmal akan dipertingkatkan. Kami juga akan meningkatkan saringan COVID-19 dengan menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag)," katanya.
Beliau berkata, kapasiti ujian RT-PCR Malaysia di 68 makmal pada 20 Jan adalah sebanyak 76,255 ujian namun hanya 47,820 ujian dijalankan atau 63 peratus kapasiti ujian.
Katanya, selain daripada pusat perubatan kerajaan, terdapat 1,000 premis swasta seluruh negara turut menawarkan ujian RT-PCR atau ujian swab RTK.
Menurut covid-19.moh.gov.my, sehingga Khamis, sebanyak 132 hospital swasta berlesen di seluruh negara dibenarkan menjalankan ujian COVID-19 di premis mereka.
Sementara sebanyak 741 klinik perubatan swasta telah berdaftar untuk menjalankan ujian COVID-19 di lokasi dan jangkauan, manakala 816 klinik dibenarkan menjalankan ujian di kawasan premis sahaja.
Sebanyak 13 pusat jagaan ambulatori swasta dibenarkan menjalankan ujian di premis mereka termasuk Mahameru International Medical Centre Sdn Bhd di Kuala Lumpur; Sievert Imaging Centre Sandakan, Sabah; Anda Diagnostic Centre Pulau Pinang dan Sunway Specialist Centre Damansara, Selangor.
Berkaitan bayaran, hospital kerajaan mengenakan RM150 kepada warganegara Malaysia dan RM250 kepada warga asing untuk ujian RT-PCR manakala bayaran RM60 (warga Malaysia) atau RM120 (warga asing) untuk ujian RTK Antigen.
Bagaimanapun, penjawat awam yang kembali ke Malaysia selepas berkhidmat di luar negara, warga Malaysia dan warga asing yang disyaki positif COVID-19, penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) adalah kumpulan yang dikecualikan bayaran.
Bagi swasta pula, bayaran dikenakan adalah pelbagai, contohnya di Subang Jaya Medical Centre dikenakan RM295 untuk ujian RT-PCR dan menerima pemeriksaan terus tanpa janji temu manakala hospital swasta terpilih KPJ pula menawarkan ujian COVID-19 secara pandu lalu dan pemeriksaan terus pada harga antara RM299 hingga RM388 (Rt-PCR).
Hospital Pantai di Ampang mengenakan bayaran RM180 untuk ujian RTK Antigen dan RM250 untuk RT-PCR manakala RM260 bagi ujian RT-PCR di Hospital Pantai Cheras dan RM480 untuk ujian RT-PCR di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
BP Diagnostic di Taiping dan Sitiawan, Perak; Butterworth dan George Town, Pulau Pinang; Alor Setar, Kedah; Bahau, Negeri Sembilan; OUG, Kepong, Medan Tunku dan Cheras, Kuala Lumpur; Kajang, Rawang, Seri Kembangan, Glenmarie dan Taman SEA, Selangor; Skudai, Batu Pahat and Muar, Johor; Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah dan Melaka pula mengenakan bayaran RM240 untuk ujian RT-PCR. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia dijangka meningkatkan kapasiti makmal COVID-19 yang boleh menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) antara 100,000 hingga 150,000 setiap hari. - Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah
Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru.

Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.

AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.