ISKANDAR PUTERI: Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan tinggi sekali gus menyebabkan kenaikan harga mendadak barangan asas seperti ayam dan minyak masak kebelakangan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full berkata terdapat dua faktor menyebabkan kenaikan harga ayam iaitu peningkatan kos bahan mentah seperti kacang soya, jagung dan pertukaran mata wang asing selain faktor permintaan dan bekalan.
"Situasi ini menyebabkan permintaan meningkat dan menyebabkan harga barangan seperti juga turut meningkat yang mana penternak tidak dapat menjangka pembukaan ini.
"Justeru, apabila berlaku permintaan tinggi terhadap ayam, penternak memerlukan masa bagi menyediakan ayam dan ini akan mengambil masa untuk bekalan ayam menjadi stabil di pasaran," katanya pada hari keempat persidangan DUN Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Dr Chong (Bersatu-Pemanis) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Umno-Penawar), Md Ysahruddin Kusni (PH-Bukit Naning) dan Dr Faizul Amri Adnan (PH-Serom) mengenai tindakan kerajaan berhubung kenaikan harga keperluan asas terutama selepas beralih ke Fasa Empat PPN seperti ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.
Menerusi tinjauan baru-baru ini, harga ayam di bandar raya ini didapati antara RM9.80 dan RM10.30 sekilogram.
Menjawab soalan tambahan Faizul Amri dan Sharifah Azizah mengenai tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu harga minyak dan sayur-sayuran, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan kawalan harga bagi minyak masak bungkusan polibeg pada harga RM2.50 sekilogram.
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah.
Bagaimanapun, Dr Chong berkata situasi dialami kini tidak pernah berlaku yang turut dialami seluruh dunia, dan kerajaan perlu mengimbangi antara permintaan pembeli, peruncit, pemborong dan pengilang.
"Saya sentiasa konsisten dalam menjawab persoalan mengenai kenaikan harga barangan. Isu ini begini...kalau permintaan tinggi dan bekalan tidak cukup, harga akan naik. Sebab itu, kerajaan telah tetapkan harga siling untuk memastikan tidak membebankan pembeli," katanya yang sering turun padang untuk meninjau harga barang di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Penjual ayam Rashid Omar, 40, menimbang seekor ayam yang dijual dengan harga RM9.90 sekilogram ketika tinjauan berkenaan kenaikan harga mentah di Iskandar Puteri hari ini. - Foto BERNAMA
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.