PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bagi menangguhkan keputusan mahkamah supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah yang difailkan terhadapnya oleh MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Datuk Seri Jessy Lai Cha Suang.
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman hari ini.
Peguam Wong Guo Jin yang mewakili Lim, mengesahkan tarikh itu ketika dihubungi Bernama.
Lim memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Pada 16 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Lim membayar RM2 juta kepada syarikat e-dagang dan Lai selepas membenarkan saman fitnah mereka. Lim kemudiannya memfailkan rayuan pada hari yang sama.
Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Lim untuk penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebabkannya memfailkan permohonan penangguhan baharu itu di Mahkamah Rayuan.
Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lim pada Jun 2019, kerana mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur China.
Lai berkata Lim membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau mendakwa kenyataan itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir berkata mahkamah mendapati MonSpace dan Lai berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Lim kerana memfitnah dan kenyataan Lim juga jelas telah mencemarkan imej dan reputasi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Pada 16 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Lim (gambar) membayar RM2 juta kepada syarikat e-dagang itu dan Lai selepas membenarkan saman fitnah mereka. - Gambar fail/BERNAMA
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
UNESCO iktiraf babi guling, jadikan Indonesia contoh toleransi - MP Kepong
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, hidangan babi guling di Bali dikhaskan untuk upacara-upacara besar dan menjadi hidangan unik pada acara keramaian.
Saman fitnah: Ahli Parlimen Kepong dapat tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini dapat menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Permohonan Ahli Parlimen Kepong tangguh bayar ganti rugi RM2 juta didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bagi menangguhkan keputusan mahkamah supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.
Ahli Parlimen Kepong fail permohonan tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.
Ribuan ikan mati terapung di Sungai Keruh
Kejadian itu adalah pertama kali berlaku di kawasan tersebut dan puncanya tidak diketahui.
Dakwa polis lakukan pemerasan: Ahli Parlimen Kepong dipanggil bantu siasatan
Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bagi membantu siasatan susulan dakwaannya mengenai tiga anggota polis melakukan pemerasan terhadap dua individu.
Segera vaksin pekerja pembersihan, petugas keselamatan - Lim Lip Eng
Desakan untuk golongan berkenaan dikategorikan sebagai golongan barisan hadapan sudah dibangkitkan sejak awal pandemik lagi.
'Kancil lejen' kembali dikesan di jalan raya di Kepong
'Kancil lejen' kembali dikesan di jalan raya di Kepong
Parti politik tidak boleh fail saman fitnah terhadap individu
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu.