KUALA LUMPUR: Permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022 untuk pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara telah dibuka hari ini, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dalam kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my sehingga tarikh tutup pada 22 Feb 2022.
"Borang permohonan lengkap serta dokumen sokongan yang diperlukan perlu dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Feb 2022 sama ada secara serahan tangan atau pos," menurut kenyataan itu.
Menurut JPA, BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian PhD di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
JPA memaklumkan calon yang ingin memohon perlu mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
"Syarat permohonan BYDPA adalah warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jan 2022.
"Penglibatan secara aktif dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya adalah satu kelebihan buat calon Sarjana manakala bagi calon PhD ia adalah diwajibkan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, JPA memaklumkan syarat kelayakan lain adalah telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 - 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022
JPA dalam kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my sehingga tarikh tutup pada 22 Feb 2022. - Gambar hiasan/ Bernama
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Biasiswa YDPA: "Masih bawa nama negara, tapi cara berbeza" - Bryan Lim
Itu pengakuan bekas atlet tenis kebangsaan, Bryan Lim Wei Tern, yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Kepintaran Buatan (AI) dan Robotik di Imperial College, London.
Al-Sultan Abdullah perkenan anugerah 11 biasiswa YDPA
Penerima adalah pelajar Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang meliputi sains dan teknologi, kejuruteraan dan undang-undang di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.