ALOR GAJAH: Kerajaan tetap meletakkan kebajikan veteran tentera sebagai keutamaan, walaupun terdapat perubahan atau penyelarasan dalam pemberian pencen kepada bekas anggota, terutama yang berpencen rendah.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ini termasuklah memperhalusi beberapa cadangan selepas pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP), yang akan ditamatkan pada Disember ini, agar tidak menjejaskan kebajikan anggota veteran tentera.
"Kita akan lihat balik cadangan untuk melanjutkan PKKP seperti mana yang dipohon persatuan, dengan perbincangan antara kerajaan dan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) akan dilakukan.
"Ini kerana MVK merupakan tempat terbaik untuk kita berbincang persoalan tersebut, memandangkan ia majlis tertinggi dalam menentukan hala tuju dan kebajikan anggota veteran, dengan wakil-wakilnya terdiri daripada persatuan-persatuan veteran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Outreach dan CSR PERKESO 2023, di Felda Tun Ghafar, Hutan Percha di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), memohon agar kerajaan meneruskan pemberian PKKP pada tahun-tahun seterusnya, sebagai menghormati dan menghargai jasa perkhidmatan serta pengorbanan anggota vateran kepada negara.
Ini berikutan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lepas mengisytiharkan pindaan undang-undang berkaitan pencen yang membenarkan kenaikan dua peratus setiap tahun bermula 2013 adalah tidak sah, namun mesyuarat kabinet mengumumkan bayaran yang sudah dibayar tersebut akan dianggap sebagai PKKP dan diteruskan hingga Disember ini.
Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata seramai 10,129 anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia termasuk 6,800 anggota Askar Wataniah, telah dicarumkan di bawah Skim Perkerjaan Sendiri (SPS) Madani setakat 9 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (kanan) menyantuni anak-anak Felda semasa mengadakan lawatan ke gerai pameran sempena Program Outreach & CSR Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Felda Tun Ghafar Alor Gajah. - Foto BERNAMA
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
![[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera [KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732595629_MINDEF.jpg)
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.

Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.

Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini
Mindef juga bekerjasama dengan KSM dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan.

Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.

Pakar bedah pusat perubatan Universiti New York lakukan pemindahan pertama keseluruhan mata
Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun.

Isu kelangsungan hidup veteran tentera, 'scammer' tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Segamat minta Menteri Pertahanan nyatakan skop pemerkasaan yang dilaksanakan terhadap kelangsungan hidup veteran tentera.

Kementerian Pertahanan sasar 200 usahawan veteran terima bantuan geran - Adly
Bantuan itu antara lain bertujuan memberi suntikan modal bagi usahawan untuk mengembangkan perniagaan sekali gus menambah pendapatan.

Permohonan cadangan diteruskan PKKP akan diperhalusi- Adly
Kerajaan tetap meletakkan kebajikan veteran tentera sebagai keutamaan, walaupun terdapat perubahan atau penyelarasan dalam pemberian pencen kepada bekas anggota.

MINDEF perkasa pangkalan data, selesaikan isu kebajikan veteran - Adly
Portal Vibes 2.0 dijangka memberikan manfaat kepada lebih 200,000 veteran ATM dan waris.