PUTRAJAYA: Urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa di tiga pejabat imigresen - Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju - akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Jun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata dengan pelaksanaan permohonan secara dalam talian sepenuhnya menerusi sistem MyOnline Passport itu, kategori pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun untuk urusan pembaharuan pasport tidak lagi diterima di kaunter atau secara jumpa terus di ketiga-tiga pejabat berkenaan.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Imigresen (JIM) Bagi Tahun 2022 di sini hari ini, Saifuddin berkata pejabat imigresen lain masih menerima perkhidmatan pemohonan pembaharuan pasport seperti sediakala.
"Ketiga-tiga pejabat cawangan ini dipilih kerana ia merupakan antara pejabat yang menjadi tumpuan di Lembah Klang dan antara pejabat yang mengeluarkan pasport yang tertinggi.
"Pejabat-pejabat ini juga terletak di kawasan yang mempunyai liputan Internet yang baik justeru tiada alasan permohonan secara dalam talian tidak dapat dilaksanakan," katanya.
Ketiga-tiga pejabat itu bagaimanapun masih menerima permohonan di kaunter atau secara jumpa terus bagi permohonan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah; warga emas 60 tahun ke atas; bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji; pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang menerima tawaran pengajian ke luar negara; Orang Kurang Upaya; dan ahli keluarga yang mengiringi pemohon kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, katanya.
Bagi tahun ini hingga 12 Mei lepas, beliau berkata JIM telah mengeluarkan sebanyak 1.67 juta pasport dan daripada jumlah itu, sebanyak 464,725 pasport adalah daripada permohonan secara dalam talian.
Sementara itu, Saifuddin berkata pertukaran masa waktu bekerja syif baharu bagi kakitangan imigresen di Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor yang berkuat kuasa Ahad ini, tidak melibatkan masa puncak iaitu antara 4 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7.30 malam.
Ia bagi memastikan semua kaunter dapat beroperasi pada masa tersebut memandangkan pintu masuk BSI merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia dengan purata pelawat keluar dan masuk pada hari biasa mencecah 220,000 pergerakan pelawat merentas sempadan, katanya.
Beliau berkata waktu bekerja syif sedia ada ditambah baik iaitu syif pagi adalah antara 9 pagi hingga 6 petang; syif petang bermula 4 petang hingga 12 tengah malam manakala syif malam pula antara 12 tengah malam hingga 9 pagi.
Sebelum ini syif bekerja adalah 7 pagi hingga 4 petang bagi syif pagi; 3 petang hingga 11 malam (syif petang); dan 11 malam hingga 8 pagi (syif malam).
"Pertukaran waktu bekerja syif baharu ini telah mengambil kira kebajikan pegawai-pegawai imigresen kerana perubahan masa yang tidak begitu ketara mengurangkan kesan kepada pegawai untuk mengadaptasi kepada waktu bekerja mengikut masa baharu," katanya.
Sebagai langkah tambahan untuk menangani kesesakan di pintu masuk BSI dan KSAB serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau berkata seramai 100 orang pegawai imigresen KP19 baharu akan ditempatkan di BSI dan KSAB, manakala 100 orang lagi pegawai ditempatkan di KLIA setelah mereka tamat latihan di Akademi Imigresen Malaysia minggu hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Ketiga-tiga pejabat cawangan itu dipilih kerana ia merupakan antara pejabat yang menjadi tumpuan di Lembah Klang dan antara pejabat yang mengeluarkan pasport yang tertinggi. - Gambar hiasan/Astro AWANI
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Imigresen tahan remaja warga asing cuba mohon pasport Malaysia
Remaja lelaki itu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai kanak-kanak berumur 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan.
Imigresen gagalkan cubaan suami isteri mohon pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti
Jabatan Imigresen Johor gagalkan cubaan sepasang suami isteri memperoleh pasport Malaysia melalui pemalsuan identiti di Kulai.
Bekalan pasport mencukupi, kesesakan ekoran peningkatan permohonan mendadak - KP Imigresen
Permohonan meningkat mendadak 65 peratus ketika ini hingga berlaku kesesakan luar biasa di pejabat Imigresen.
Denda RM200 hingga RM1,000 hilang pasport berkuatkuasa
Penalti antara RM200 hingga RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian telahpun diwartakan dan dikuatkuasakan sejak 2 Jan lepas.
Perjalanan bebas visa ke Maghribi untuk rakyat Malaysia bermula 27 Dis
Ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.