Permohonan mengekstradisi dan membicara lapan suspek warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony pada Jun tahun lepas, telah diluluskan oleh Mahkamah Vietnam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pada masa ini, pihaknya menunggu keputusan rayuan mereka bagi kes berkenaan di negara itu.
"Perkembangan ini merupakan kejayaan besar dalam bidang penguatkuasaan maritim memandangkan Malaysia dan Vietnam tidak mempunyai perjanjian ekstradisi," katanya semasa merasmikan Pejabat Bangunan Daerah Maritim 17 Agensi Penguatkuasaan Maritim Sandakan (APMM) di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
MT Orkim Harmony, yang hilang di perairan Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor pada 11 Jun 2015, membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
Lapan lelaki Indonesia itu ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di selatan negara itu ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan.
Menurutnya kesungguhan semua pihak yang terlibat di Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan APMM membolehkan lapan suspek itu diekstradisi untuk dibicarakan di Malaysia kerana rompakan itu membabitkan kapal tempatan dan di perairan negara.
Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata usaha memantapkan keupayaan dan kredibiliti penguatkuasaan maritim negara harus dipertingkatkan terutamanya bagi menghadapi perubahan ancaman jenayah rentas negara yang semakin kompleks.
"Kegiatan pengganas IS, Daish dan Abu Sayyaf perlu ditangani dengan lebih serius dan berkesan," katanya.
Beliau juga menyarankan supaya pendekatan Strategi Lautan Biru sesama agensi kerajaan dan kerjasama dengan agensi dari negara serantau diperluaskan.
Setakat ini, katanya Malaysia menerima kerjasama baik daripada agensi maritim seperti Amerika Syarikat, Asutralia, Kanada, Jepun, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2016

MT Orkim Harmony hilang di perairan Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor pada 11 Jun 2015, membawa 22 anak kapal. - Gambar fail

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Permohonan ekstradisi suspek rompak MT Orkim Harmony dilulus mahkamah Vietnam
Lapan lelaki Indonesia itu ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di selatan negara itu ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan.

APMM bekerjasama dengan TNI bagi dalami kes MT Orkim Harmony
APMM akan menghantar pegawai ke Indonesia dalam masa terdekat untuk berbincang lebih lanjut berhubung penahanan perancang utama dalam kes melarikan kapal tangki MT Orkim Harmony.

Orkim Harmony: Anak kapal warga Indonesia ditembak kerana melawan
Anak kapal MT Orkim Harmony cedera ditembak lanun ketika sedang membuka pintu untuk membuang sampah pada 11 Jun lepas, kata Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono.

Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid
Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini.

Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.

Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti
Lapan warga Indonesia ditemui berhampiran Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar jam 6:30 pagi tadi.

Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan bahawa beliau diugut dan keluarganya diancam ketua lanun.

Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang minggu lalu dilaporkan telah berjaya diselamatkan dan dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi.

Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia
Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan perampas untuk melepaskan diri.

Kebarangkalian kapal tangki MT Orkim Harmony dirompak lanun - APMM
Kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik muatan petrol RON95 menjurus kepada rompakan lanun.