PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Siti Mariani Ayob berkata, permohonan itu dikemukakan oleh personaliti radio, Halim Othman dan ibu Myra Natasha, Yusnita Omar pada tahun 2022.
“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.
“Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.
Myra Natasha, 29, atau nama sebenarnya Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Ruangan tersebut dikosongkan kerana wanita itu memaklumkan sebenarnya Halim, 60, tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini dan status kelahirannya pula sebagai anak tidak sah taraf. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 15 2024

Myra Natasha memaklumkan Halim tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini dan status kelahirannya pula sebagai anak tidak sah taraf. - Foto Sinar Harian
Malaysia akan bantu pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain bantuan pemulihan Gaza, Malaysia akan sediakan bantuan wakaf untuk Universiti al-Quds dan sekolah serta hospital di Baitulmaqdis. #AWANInews

Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global dipertingkatkan dengan komitmen bersama
Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global akan dipertingkatkan dengan dedikasi berterusan dan komitmen bersama untuk tadbir urus yang kukuh.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).

Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.