KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran US$6.59 bilion (1AS$ = RM4.29), akan didengar 19 Okt ini.
Peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan berkata tarikh baharu itu ditetapkan selepas pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk dua permohonan itu didengar serentak pada 19 Okt di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh.
Peguam itu ketika dihubungi hari ini berkata pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 16 Ogos.
Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda bulan lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.
Dalam permohonan itu, Mohd Irwan antaranya mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak kukuh memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak AS$1.83 bilion dan AS$3.5 bilion.
Arul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei tahun lepas berhubung dakwaan mereka telah melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.
1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan itu melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang 1MDB berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan US$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.
Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.
Sehubungan itu, 1MDB antaranya menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda (kanan) bulan lepas manakala Mohd Irwan (kanan) memfailkan permohonan pada 18 Feb. - Gambar fail

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.

Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.

Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan Serigar supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion.

Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai
Hakim membenarkan permohonan Kumaraendran berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.

Kes pecah amanah Najib, Irwan Serigar: Mahkamah beri masa 2 minggu
Hakim membenarkannya selepas Kumaraendra yang mewakili Mohd Irwan memaklumkan, terdapat 100 dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.

Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 4 Jun hingga 27 Jun dan 2 Julai hingga 31 Julai 2024.

Arul Kanda, Mohd Irwan tidak sepatutnya dipertanggungjawab bagi kerugian 1MDB - Peguam
Peguam berhujah bahawa isu kerugian kewangan 1MDB telah dibangkitkan pada 2014, setahun sebelum pelantikan anak guamnya dalam syarikat itu.

1MDB: Irwan beritahu mahkamah 'kedengaran seperti' suara Najib dalam rakaman audio
Mohd Irwan berkata dua daripada suara dalam rakaman audio itu dipercayai perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah.

Jabatan Peguam Negara perlu lebih masa teliti representasi kedua Mohd Irwan Serigar
Mahkamah menetapkan 9 Ogos bagi tarikh pengurusan kes bagi pendakwaan memaklumkan status representasi.