PUTRAJAYA:Beberapa kategori permohonan untuk kebenaran masuk atau keluar dari Malaysia bagi warganegara dan warga asing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember boleh dilakukan melalui "single window" iaitu sistem MyTravelPass yang boleh diakses di laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen (JIM), mulai esok.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tempoh proses kelulusan bagi permohonan melalui MyTravelPass adalah lima hari bekerja.
"Jika seseorang itu perlu masuk atau keluar dari Malaysia pada 10 haribulan, permohonan MyTravelPass perlu dikemukakan kepada JIM sebelum 5 haribulan. Permohonan perlu disertakan dokumen sokongan yang berkaitan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kategori permohonan yang boleh dikemukakan melalui MyTravelPass adalah permohonan masuk melalui "Singapura Reciprocal Green Lane" dan "Periodical Commuting Arrangement", permohonan keluar negara oleh rakyat Malaysia atas sebab yang boleh dipertimbangkan dan permohonan masuk oleh warga asing atau penduduk tetap, katanya.
Kategori lain termasuklah permohonan masuk oleh majikan bagi kategori pembantu rumah asing dan pas lawatan kerja sementara, permohonan masuk oleh warga asing kategori pasangan kepada warganegara Malaysia atau pasangan kepada penduduk tetap atau anak kepada warganegara Malaysia atau penduduk tetap, permohonan masuk oleh warga asing ekspatriat dan permohonan masuk oleh warga asing di bawah program "Malaysia My Second Home", katanya.
"Kelulusan yang diberikan, sama ada lulus atau gagal adalah melalui e-mel. Mereka yang memberikan deklarasi, maklumat yang salah atau dokumen palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen. Mohon mudah, tapi kelulusan belum tentu," katanya.
Sebelum ini, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), permohonan keluar masuk ke negara ini oleh warganegara dan warga asing dibuat melalui e-mel JIM bagi semua jenis permohonan.
Keadaan tersebut, menurut Khairul Dzaimee menyebabkan JIM menerima aduan tentang kelewatan mendapatkan keputusan kerana terlalu banyak e-mel diterima sehingga 8,000 e-mel pada satu-satu masa.
Khairul Dzaimee berkata senarai kategori bagi permohonan MyTravelPass itu berkemungkinan dikaji semula selepas PKPP tamat pada 31 Dis depan, namun ia bergantung kepada keadaan ketika itu.
"Bagi warga tempatan dan warga asing yang termasuk dalam kategori dibenarkan keluar atau masuk terus tanpa perlu memohon kelulusan awal, kebenaran ini masih berkuat kuasa dan mereka tidak perlu memohon kebenaran melalui sistem MyTravelPass," katanya.
Sistem MyTravelPass dibangunkan oleh bahagian sistem teknologi maklumat JIM dan merupakan satu inisiatif hujung ke hujung perkhidmatan kerajaan untuk memantapkan sistem penyampaian.
Ditanya mengenai penghantaran pulang pendatang tanpa izin, Khairul Dzaimee berkata sehingga 5 Okt, sebanyak 26,792 orang sudah dihantar pulang dan antara jumlah tertinggi ialah warga Indonesia (11,919), Bangladesh (3,855), Thailand (2,036) India (2,013) dan Myanmar (1,924).
Jumlah tangkapan pendatang tanpa izin dari 1 Jan hingga 6 Okt ialah 31,323 orang dan jumlah yang berada di depot tahanan JIM sekarang ialah 15,626 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020

Khairul Dzaimee berkata tempoh proses kelulusan bagi permohonan melalui MyTravelPass adalah lima hari bekerja. - Bernama
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

#DiariLockdown: Bukan semua boleh nikmati penjimatan ketika lockdown
WALAUPUN tidak banyak yang boleh dijimatkan, namun diakui saranan supaya duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian.

COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)

Labuan kekal PKPP dengan ubah suai SOP hari raya lebih ketat
MKN Labuan memutuskan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di kawasan itu.

Langgar SOP: 'Awie sudah bayar denda' - Pengurus
Perkara itu disahkan pengurus penyanyi legenda rock tanah air itu, Mubarak Akhtar.

Awie sedia beri kerjasama pada polis, minta masyarakat jangan cepat menghukum
Beliau bagaimanapun kecewa terhadap segelintir individu yang terus menghukum beliau tanpa mengetahui situasi sebenar kejadian ketika itu.

Trend jenayah menurun, tapi kesalahan seksual kanak-kanak, keganasan rumah tangga meningkat
Peningkatan turut dikesan membabitkan kesalahan bukan fizikal seperti pornografi serta kelucahan audio dan visual.

519 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 275 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilaksanakan pada 2 Mei 2021.

Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.

Larangan aktiviti riadah, iftar di Dataran Medan Bandar - MBAS
Larangan berkenaan adalah bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri itu.

Sempadan negara perlu dibuka segera, SOP ketat bantu pulih sektor pelancongan
SOP gelembung pelancongan juga perlu diperincikan dengan lebih jelas kepada pemain industri.