Permohonan kemasukan pelajar baharu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2020 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 secara atas talian dibuka bermula 8 Sept hingga 30 Nov 2019.
Menurut kenyataan Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada Jumaat, calon dinasihatkan supaya membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
"Calon yang cemerlang dalam akademik, memiliki sahsiah terpuji dan jati diri yang tinggi serta aktif dalam aktiviti kokurikulum dipelawa untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
"Mara juga mengutamakan pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat pendidikan terbaik. Melalui pendekatan ini, ia akan memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar dari golongan ini untuk mengikuti pengajian di MRSM," menurut kenyataan itu.
MRSM menyediakan program berteraskan kurikulum kebangsaan dan kurikulum antarabangsa yang menekankan disiplin dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.
Sebanyak lima program ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Satu di MRSM iaitu International General Certificate of Secondary Education (IGSCE), International Bacclaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), Program Ulul Albab, Program Teknikal dan Program Premier manakala dua program iaitu Program Premier dan Program Khas Pendidikan (PKP) ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Empat.
Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh didapati di portal rasmi Mara melalui pautan www.mara.gov.my dan akaun facebook.com/majlisamanahrakyat atau hubungi Mara Call Centre di talian 03-26132000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019
Calon dinasihatkan supaya membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan UPSR atau peperiksaan PT3. - Gambar hiasan
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Aktif kongsi ilmu di TikTok, Mohd Nazrul kini genggam Ijazah Sains Pertanian
Mohd Nazrul belum puas dengan pencapaiannya dan sentiasa berazam untuk menambah ilmu tentang pertanian ke peringkat lebih tinggi.
YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.
Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.
Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi hari ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022.
Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia
Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun
Yeop Ali meluangkan masa 10 tahun untuk menamatkan pengajian dan banyak menghabiskan masa persaraannya di perpustakaan dan diskusi akademik
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik
APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.