IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin membenarkan permohonan kerakyatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilahirkan seorang wanita warga China di negara ini, dan sebelum ini memegang status 'tidak bernegara.'
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah yang dibangkitkan peguam Ong Yu Shin, Datuk Nicholas Kow dan Ooi Keng Liang, yang mewakili kanak-kanak itu.
Dalam penghakiman 51 muka surat, hakim berkata, kanak-kanak itu memenuhi syarat kelayakan sebagai warganegara kerana memenuhi Seksyen 1 (a) dan 1 (e) Perlembagaan Persekutuan iaitu bapanya seorang warganegara Malaysia dan dia dilahirkan di Malaysia di samping tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraan kanak-kanak sebagai warganegara Malaysia.
Peguam Ong Yu Shin ketika ditemui berkata, hakim memutuskan isu sama ada taraf perkahwinan ibu bapa semasa kanak-kanak itu dilahirkan sah atau tidak adalah tidak relevan dengan kes.
Ini kerana kanak-kanak berkenaan dilahirkan di Ipoh pada 24 Jun 2016 dan tiada pasport luar negara atau kerakyatan lain.
Menurut fakta kes, hasil laporan DNA turut mendapati kanak-kanak itu merupakan anak kandung kepada Ong Chin Hock, 38 tahun, yang merupakan rakyat Malaysia manakala ibunya berusia 39 tahun merupakan warganegara China.
Bapa kanak-kanak itu mendaftarkan perkahwinan dengan isterinya di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya pada 5 September 2016, kira-kira tiga bulan selepas kanak-kanak itu dilahirkan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 25 2021
![Permohonan kerakyatan kanak-kanak 'tidak bernegara' lahir di Malaysia dibenarkan mahkamah Permohonan kerakyatan kanak-kanak 'tidak bernegara' lahir di Malaysia dibenarkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635153117_Peguambeladarika.jpg)
Peguam bela (dari kanan) Datuk Nicholas Kow, Ong Yu Shin dan Oii Keng Liang yang mewakili seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun itu. - Foto BERNAMA
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
![2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah 2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738742334_KhazanahNasional.jpg)
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711276952_mercun.jpg)
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
![Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738251780_HusseinOmarKhan.jpg)
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
![Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
![Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735463448_TBGAVEL.jpg)
Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.
![Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738570671_HannahYeoh.jpg)
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
![Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738573471_DatukSeriAzlanMan.jpg)
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
![Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737106629_IGPRazarudinGISB.jpg)
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
![Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737953995_AlongCham.jpg)
Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.
![Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737820846_YoonSukYeol.jpg)
Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul kekalkan keputusannya sebelum ini untuk menolak permintaan itu, memetik "alasan yang sama".
![Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737624933_ZulkafliSariaat.jpg)
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
![Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737549817_kimba.jpg)
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
![Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735463448_TBGAVEL.jpg)
Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.
![Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737040270_TBebitliew.jpg)
Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.