KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memberikan pendidikan asas Islam kepada tiga kanak-kanak mualaf yang diletakkan di bawah jagaan ibu mereka, Loh Siew Hong.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan MAIPs tidak mempunyai merit.
"MAIPs telah gagal membuktikan kesnya dalam permohonan itu. Tiada justifikasi yang sah atau munasabah... Selepas menimbang semua fakta serta hujahan, saya mendapati tiada merit dalam permohonan MAIPs dan menolak permohonan itu. Tiada perintah berkaitan kos," katanya.
Beliau berkata susulan pengalaman traumatik yang dialami oleh kanak-kanak terbabit, pertikaian yang berlarutan serta tidak perlu berhubung akses bukanlah perkara terbaik untuk mereka.
"Semua pihak harus menerima situasi ini. Berhenti menafikan dan campur tangan dalam kehidupan mereka ketika mereka sedang membesar serta hormatilah mereka sebagai anak yang matang. Mereka tidak sepatutnya dijadikan alat dalam perundangan bagi memaksa mereka melakukan apa yang mereka enggan lakukan," katanya.
MAIPs memohon perintah variasi bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap tiga kanak-kanak itu antaranya membawa mereka menunaikan solat Jumaat dan meraikan hari-hari kebesaran Islam di masjid berhampiran, memberi bantuan zakat serta membantu menampung kos sara hidup mereka dari aspek pendidikan, keperluan dan kebajikan.
Pada 7 Feb lepas, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan MAIPs untuk menjadi responden kedua dalam petisyen perceraian yang difailkan oleh bekas suami Loh, Muhammad Nagahswaran Muniandy, membabitkan isu hak penjagaan tiga anak mereka yang diperoleh wanita itu.
Loh, 34, telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas sepasang kembar perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.
Hayatul Akmal juga berkata kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu tidak dapat dipenuhi dengan memberikan akses kepada MAIPs bagi mendekati mereka dua kali seminggu untuk memberikan pendidikan asas Islam.
Beliau berkata semasa sesi temu bual pada 27 Sept, kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa mereka tahu mengenai permohonan MAIPs untuk mendapatkan akses kepada mereka dan mereka tidak mahu perkara itu berlaku.
Hakim itu berkata kanak-kanak terbabit telah menyatakan bahawa mereka ingin tinggal bersama ibu mereka dan takutkan bapa mereka yang terlibat dengan najis dadah serta sering mendera ibu mereka.
"Kanak-kanak terbabit berkata mereka amat gembira ke sekolah ketika ini dan menjalani aktiviti kokurikulum. Mereka memaklumkan saya bahawa mereka tidak berminat untuk kekal sebagai penganut agama Islam," katanya.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili MAIPs manakala Loh diwakili J.Gunamalar.
Sementara itu, Loh berkata beliau berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang campur tangan dalam kes tersebut.
"Saya ingin hidup dengan tenang bersama anak-anak, saya tak mahu orang kacau saya, cukuplah. Sebagai seorang ibu, saya mahu fokus mengenai pendidikan mereka, bukan fikir pasal kes mahkamah sahaja kerana kami mahu hidup dengan tenang," katanya dalam nada sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Menurut Hakim, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan MAIPs tidak mempunyai merit. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.

Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan
Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.

Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.

Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden.