Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.
Hakim Datuk Ghazali Cha menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam R.Sivarasa dan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah.
Nahra berkata mahkamah tidak harus membenarkan permohonan Rafizi kerana adalah tidak adil jika Mahkamah Sesyen tidak boleh mendengar fakta kes yang akan didedahkan di mahkamah itu.
Beliau juga berkata jika permohonan itu dibenarkan, ia akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa mereka boleh mendedahkan sebarang maklumat perbankan kepada umum.
Nahra turut menyifatkan hujah Sivarasa bahawa Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang dikatakan 'penipu' dalam skandal NFC dan dengan itu tidak perlu dilindungi di bawah bafia, adalah mengelirukan.
Beliau berkata Dr Muhammad Salleh, yang berdepan dua pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan RM49.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas, masih mempunyai hak untuk dilindungi di bawah Bafia.
Terdahulu, Sivarasa berkata seorang pemberi maklumat seperti Rafizi tidak sepatutnya didakwa di mahkamah.
Bagaimanapun, beliau berkata perlindungan untuk pemberi maklumat adalah lemah dan sekadar ingin menghalang mereka membuat pendedahan kepada media. Bagaimanapun, Nahra berkata Rafizi tidak layak dianggap sebagai seorang pemberi maklumat atau dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
2010 kerana telah mendedahkan dokumen kewangan NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd dan Agroscience Industry Sdn Bhd dari Public Bank Bhd kepada umum.
Beliau berkata Rafizi sepatutnya melaporkan perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jika beliau ingin layak dianggap sebagai pemberi maklumat.
Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Dr Mohamad Salleh, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan
Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.
Dia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 1 Ogos lepas mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada 10 Sept lepas, Rafizi memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan pertuduhan ke atasnya atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen bermotif politik.
Bernama
Tue Nov 20 2012


KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Permohonan Rafizi ketepi pertuduhan BAFIA diputuskan Jumaat ini
Mahkamah Shah Alam akan memutuskan permohonan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk ketepikan pertuduhan mengikut akta BAFIA Jumaat ini.