KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Parang Abai@Thomas berkata langkah itu bagi memberi peluang lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah idaman.
"Pada tiga hari program ini kami membawakan tiga daripada enam inisiatif di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) antaranya Infra@PUJI yang menawarkan rumah mampu milik di bawah RM300,000.
"Ini juga membuka peluang kepada penduduk di Selangor yang bekerja di Kuala Lumpur untuk memiliki rumah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka," katanya dalam temu bual di radio NASIONALfm hari ini.
Sementara itu Facebook rasmi Malaysia Madani memaklumkan pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sesuai untuk seisi keluarga pada Program Madani Rakyat Zon Tengah antaranya cabaran sepak penalti anak muda Madani, pertandingan mewarna dan menulis khat kaligrafi Islam, saringan kesihatan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), senamrobik berirama dan Konsert Showcase Anak Muda Madani x Kita Selangor.
Sekretariat Program Madani Rakyat dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan program bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.
Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Feb, yang dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Program Madani Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
![Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708329686_ResidensiMadani.jpg)
Langkah itu bagi memberi peluang lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah memiliki rumah idaman. - Gambar hiasan/ Residensi Madani
![MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615353466_shakehands.jpg)
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
![Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024 Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734905152_TBBanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
![Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719580161_TBindonesia.jpg)
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
![PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
![Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
![KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
![Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738840255_TBINFLUENZA.jpg)
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
![Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
![Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704365322_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
![Lebih 26,000 unit Residensi Wilayah siap dibina - Dr Zaliha Lebih 26,000 unit Residensi Wilayah siap dibina - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707799686_drZalihaMustafa.jpg)
Lebih 26,000 unit Residensi Wilayah siap dibina - Dr Zaliha
Sebanyak 43 projek melibatkan 26,154 unit kediaman telah siap dibina di bawah inisiatif Residensi Wilayah setakat Februari lepas.
![Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708329686_ResidensiMadani.jpg)
Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah
Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb.
![1,010 unit Residensi Wilayah, Residensi Prihatin MADANI ditawar kepada golongan M40, B40 1,010 unit Residensi Wilayah, Residensi Prihatin MADANI ditawar kepada golongan M40, B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692280537_TBanwaribrahim.jpg)
1,010 unit Residensi Wilayah, Residensi Prihatin MADANI ditawar kepada golongan M40, B40
Residensi Prihatin MADANI adalah antara inisiatif yang dijayakan di bawah gagasan Malaysia MADANI bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran M40 dan B40.
![Luaskan konsep 'rahmah' meliputi isu kos, kualiti rumah mampu milik - FOMCA Luaskan konsep 'rahmah' meliputi isu kos, kualiti rumah mampu milik - FOMCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671838110_PotonganCukaiTaksira.jpg)
Luaskan konsep 'rahmah' meliputi isu kos, kualiti rumah mampu milik - FOMCA
Isu perumahan bukan semata-mata soal kos pemilikan tetapi juga soal kualiti rumah yang disediakan.