Permohonan untuk memasuki Tahun Satu di sekolah bantuan kerajaan oleh seorang kanak-kanak warga asing sedang diteliti, kata Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussien.
Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.
Katanya bagi kes kanak-kanak bukan warganegara yang ingin belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan akan dikenakan levi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil.4/2000 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Fee Yang Diluluskan)(Kehadiran Murid Asing) 1995.
"Kadar bayaran setahun ditetapkan ialah RM120 bagi sekolah rendah dan RM240 bagi sekolah menengah. Mereka ini juga tidak berhak mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perkara itu.
Warga Indonesia Katrina Lukas, 33, ibu kanak-kanak itu berkata usahanya untuk mendaftarkan anak perempuannya itu yang berumur tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di sini pada hari pertama persekolahan tahun ini ditolak pihak pengurusan sekolah itu ekoran status sebagai warga asing.
"Saya keliru sebab ada orang kata anak saya ini sebagai pemegang kad Suruhanjaya Bangsa -Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) layak untuk mendapat pendidikan, saya tidak tahu peraturan yang perlu dipatuhi untuk membolehkan anak saya bersekolah," katanya kepada Bernama.
Katanya suaminya Shobie Ahmad Abul Bashar, 33, merupakan pelarian Rohingya dan juga pemegang kad UNHCR sudah menetap di Terengganu lebih tujuh tahun dan telah merujuk perkara itu kepada JPNT.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2018

Usaha seorang ibu warga Indonesia untuk mendaftarkan anak perempuannya di sebuah sekolah rendah pada hari pertama persekolahan tahun ini ditolak pihak pengurusan sekolah ekoran status sebagai warga asing. - Gambar hiasan

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

KWSP umum liputan mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan liputan mandatori untuk pekerja bukan warganegara sebagai usaha memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.

Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

SPR tidak cadang benarkan bukan warganegara jadi saksi undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk membenarkan mana-mana individu bukan warganegara Malaysia untuk menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.

Penduduk Malaysia dianggarkan 33 juta pada suku keempat 2022 -DOSM
Jumlah itu merangkumi 90.2 peratus atau 30.4 juta warganegara dan lapan peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.

Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.

COVID-19: Bukan warganegara penyumbang terbesar peratusan rendah vaksin di Kinabatangan
Pegawai Kesihatan Kinabatangan, Dr Maini Sabait berkata, 80 peratus penerima vaksin di daerah itu merupakan bukan wargenegara.

Kluster tempat kerja: Ingkar SOP perlu hukuman lebih berat
Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.

COVID-19: 77 kematian baharu dicatat - Dr Noor Hisham
Sebanyak 77 kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,554 orang.

Populasi Malaysia berjumlah 32.75 juta pada suku pertama 2021
Jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi merupakan bukan warganegara.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.