SEMENYIH: Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan Bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata statistik permohonan bagi Bumiputera yang diperolehi oleh Jakim merekodkan sebanyak 1,500 permohonan pada 2021 manakala tahun 2022 (1,700) dan tahun ini, setakat Jun 1,000 permohonan.
"Kenaikan itu adalah berikutan peranan yang telah dimainkan oleh pihak Jakim untuk menggalakkan pemain industri dalam kalangan Bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.
"Hakikatnya memang ramai pemain industri adalah mereka yang bukan bumiputera, sebab itu permohonan sijil halal itu dipelopori mereka yang bukan beragama Islam," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah, di sini hari ini.
Sementara itu bantuan RM100,000 telah disalurkan melalui Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu menjelaskan baki bayaran pembelian rumah penghuni warga emas berkenaan.
Hadir sama pada majlis sumbangan itu adalah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan.
Mohd Na'im berkata sumbangan itu adalah susulan lawatan mengejut yang dilakukan bersama Ras Adiba ekoran daripada masalah yang dihadapi penghuni rumah terbabit yang berdepan dengan masalah kekurangan dana pada 2 Jun lepas.
"Dalam pertemuan sebelum ini saya dimaklumkan oleh Presiden Al Fattah, Mohammad Azlan beliau terpaksa menjual kereta miliknya bagi membayar deposit rumah itu sebanyak RM60,000.
Baki bayaran sebanyak RM100,000 perlu dijelaskan sebelum hujung Jun bagi mengelak penghuni warga emas seramai 22 orang itu kehilangan tempat tinggal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Menurut Mohd Na'im, Jakim sentiasa menggalakkan pemain industri dalam kalangan Bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan. - Gambar fail

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.

Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.

Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal, ia bersifat sukarela - KP JAKIM
Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela.

Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.

Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.

Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Keputusan hasil kajian berhubung isu sijil halal ini hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Pertimbang sijil halal di premis makanan ‘mesra Islam’ - MIC
Vigneswaran berkata sekatan itu hanya akan membawa kesan domino kepada asas perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.

Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.