PUTRAJAYA: Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan akan menutup ruang berlakunya satu lagi Langkah Sheraton, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ini kerana perjanjian yang dimeterai hari ini perlu dilihat bersekali dengan kewujudan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
"Insya-Allah tidak lagi (berlaku Langkah Sheraton) sebab kita kena baca dua perkara bersekali iaitu satu dokumen yang ditandatangani hari ini bersekali dengan apa yang kita usahakan iaitu pindaan kepada Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di sini.
Lima gabungan parti politik utama negara - PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan telah menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama bagi membentuk Kerajaan Perpaduan yang stabil.
Langkah Sheraton pada Februari 2020 dikaitkan dengan kejatuhan kerajaan yang diterajui PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 serta Tun Dr Mahathir Mohammad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Rentetan episod itu, Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih tampuk pentadbiran pada Mac 2020 sebelum diganti oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ogos 2021.
Fahmi juga berkata perjanjian yang membabitkan kelima-lima gabungan itu adalah satu detik bersejarah dalam senario politik negara dan ia titik noktah kepada proses yang bermula dengan keadaan Parlimen tergantung.
"Pembentukan atau usaha yang kita lihat berdasarkan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar dibentuk sebuah Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata hubungan baik dan akrab antara kepimpinan tertinggi lima gabungan parti politik itu adalah isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan sentiasa dalam keadaan baik.
"Ini isyarat jelas, fokus kita selesaikan masalah rakyat dan hubungan erat itu akan menjamin satu kestabilan untuk membantu memacu ekonomi negara demi kemakmuran bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Perjanjian permuafakatan: P. Pinang tunggu arahan kepimpinan pusat
Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan negeri akan melihat apa yang diputuskan dan menunggu arahan seterusnya.

Permuafakatan: Perjanjian gabungan politik dalam Kerajaan Perpaduan elak Langkah Sheraton berulang
Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan akan menutup ruang berlakunya satu lagi Langkah Sheraton, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Permuafakatan: Pemimpin Sabah, Sarawak yakin Anwar mampu bawa kestabilan untuk negara
Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat membawa kestabilan, serta dapat menjamin hak Sabah dan Sarawak, kata pemimpin kedua-dua wilayah itu.