BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian anggota kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui bahawa prestasi sebahagian anggota kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan, tetapi beliau berbangga dengan komitmen mereka dalam menjalankan tugas.
  • Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam, serta memberi peluang kepada menteri untuk mengemukakan pandangan.
  • Anwar menegaskan bahawa menteri mengambil serius kerja mereka dan teguran yang diterima, serta mengambil langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi masing-masing.


Namun, beliau berbangga dengan komitmen ditunjukkan para menteri dalam menjalankan tugas dengan penuh kesungguhan serta kesediaan untuk menerima dan bertindak atas teguran yang diberikan.

Menurutnya, sidang penilaian prestasi ini bukan sekadar memberi peluang kepada menteri untuk mengemukakan pandangan, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik serta penjawat awam.

"Saya tidak mengatakan semuanya sempurna, tetapi prestasinya membanggakan kerana mereka (menteri) ambil serius kerja mereka, mengambil serius teguran yang mereka terima, dan mengambil langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi.

“Kita beri ruang kepada menteri untuk memberi pandangan tentang iltizam dan komitmen mereka dalam meningkatkan prestasi masing-masing," katanya pada sidang media selepas Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI Tahun 2025 di Petronas Leadership Centre, di sini, pada Sabtu.



BERITA LANJUT MENYUSUL