PUTRAJAYA: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bakal melancarkan program baharu yang memberi keutamaan kepada golongan pesara, belia dan wanita pada Jun ini.
Pengarahnya, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, berkata inisiatif tersebut adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang terkesan dengan ekonomi global masa kini.
"Di mana program ini akan kita perkenalkan kepada golongan yang tersasar seperti pesara kerajaan yang membabitkan anggota tentera, belia-belia lepasan universiti agar mereka boleh melihat usahawan atau perniagaan francais ini salah satu bidang pekerjaan selain makan gaji.
"Selain itu, kita juga cuba untuk targeted segment bagi kaum wanita iaitu kaum ibu yang berada di rumah supaya mereka juga boleh menyertai francais-francais yang kita ada untuk menjana pendapatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pernas di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini pembiayaan bagi program berkenaan masih dalam penelitian pihak Pernas dengan mengambil kira bilangan penyertaan yang boleh menyertai program tersebut.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menterinya, K. Saraswathy dan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Seri Suriani Ahmad serta Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.
Dianggarkan seramai 2,000 jemputan yang hadir terdiri daripada rakan-rakan strategik dan perniagaan serta kementerian bersama agensi dengan bertemakan ' Manisnya Syawal'.
Abu Bakar berkata istimewanya rumah terbuka tersebut adalah para tetamu disajikan dengan produk makanan dan minuman daripada jenama francais dan pra-francais di bawah Pernas.
"Antara produk francais yang terlibat dalam rumah terbuka ini adalah Gloria Jean's Coffee dan 1901. Selain itu tetamu juga berpeluang merasai keenakan makanan dan minuman daripada usahawan program Business in Transformation (BIT) Pernas iaitu MD Putu Bambu World, Mr Tako dan Old Time Sekuang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
![Pernas bakal lancar program baharu sasar pesara, belia dan wanita Pernas bakal lancar program baharu sasar pesara, belia dan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683558995_TBpernas.jpg)
Inisiatif tersebut selaras dengan saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang terkesan dengan ekonomi global masa kini. - Gambar Twitter Bernama
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736509113_TBNADI.jpg)
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
![Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591156140_ArtificialIntellige.jpg)
Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.
![Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729925507_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
![Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734446613_anakanakGISBHdi.jpg)
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
![Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734434488_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.
![Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733743862_tbkhairulaming.jpg)
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
![Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733489548_Taaveekun.jpg)
Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.
![China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733415452_ChinaMalaysia.jpg)
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
![Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733237948_NancyShukri.jpg)
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
![Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733151939_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan kedai serbaneka RisSMart24, entiti perniagaan sektor peruncitan di bawah pengoperasian Kumpulan RISDA Holdings.